Laluan maut motosikal. - ceritaejoy

Laluan maut motosikal.

11:11 PG


Sumber : Kosmo! Online

Laluan maut motosikal. Semalam, aku terbaca 1 kisah yang dikongsikan di dalam laman sosial facebook. Mengenai kesahihan cerita ini, aku kurang pasti, tetapi kisah mengenai lorong motosikal samada di lebuhraya ataupun jalan raya biasa sememangnya banyak diperkatakan. Banyak kes yang melibatkan kecederaan malahan kematian sering didengari. Namun, masih tiada usaha untuk memperbetulkan nya.

Aku bukanlah pengguna tetap laluan ini. Tetapi mengikut daripada perkongsian rakan-rakan, laluan motosikal dilihat langsung tidak selamat. Ianya di tambah lagi dengan kurangnya kenderaan yang menggunakan laluan ini. Kawasan yang gelap juga menambahkan lagi risiko kepada penunggang motosikal.

Pernah aku terbaca di surat kabar, mengenai kisah mereka yang cedera ketika melalui laluan motosikal. Mengikut ceritanya, ada beberapa orang yang sudah menunggu di lorong tersebut. Apabila ada kenderaan yang melaluinya, mereka akan mencederakan penunggang motosikal dengan objek yang keras dengan tujuan mengambil harta yang dimiliki oleh penunggang motosikal tersebut. Impak yang terlalu kuat juga akan menyebabkan kecederaan yang teruk sekali gus boleh membawa maut. 

Tidakkah ianya berbunyi sangat bahaya?

Apa yang boleh dan perlu dibuat untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal ini? Pada aku, perlu ada usaha untuk memastikan lorong motosikal boleh dilihat oleh pengguna lebuhraya yang lain. Juga laluan motosikal perlulah lebih terang dengan lampu. Janganlah malap sahaja sampai kita tak nampak apa yang ada dekat depan. Juga kurangkan atau jangan ada tempat yang membolehkan orang untuk menyorok.

Kalau boleh, sediakan CCTV dekat laluan yang dilihat menjadi lokasi utama kegiatan tidak sihat ini. Dan ianya haruslah dipantau dengan betul dan bukan sekadar memenuhi kehendak rakyat. Pihak berkuasa juga perlu lah lebih kerap melalui atau berada di laluan ini. Dengan cara itu, lorong motosikal boleh menjadi laluan yang selamat dan bukanlah laluan maut kepada penunggang motosikal.

Bercakap memang mudah, tetapi jika tiada usaha untuk kearah yang lebih baik, apa pun akan menjadi sukar. Tidak perlu tunggu hingga ia menjadi lebih teruk. Semoga perkongsian ini memberi makna kepada mereka yang memahami. Terima kasih.

You Might Also Like

1 comments

  1. motor kena hati2lah selalu, jalanraya malaysia ni bukan selamt sangat pun

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email