Kes bunuh diri di jitra kedah. - ceritaejoy

Kes bunuh diri di jitra kedah.

2:38 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kes Bunuh Diri Terbaru. Tadi sewaktu rehat pagi, ada seorang rakan aku tunjuk gambar yang dikongsikan di whatapps. Ceritanya seorang wanita yang menembak mati anaknya dan kemudiannya menembak dirinya sendiri. Khabarnya, wanita ini tertekan dengan sikap suaminya yang dikatakan kuat berfoya. Mengenai kesahihan cerita ini aku kurang pasti.

Tetapi mengenai gambar itu adalah benar. Seorang anak kecil di atas meja dan seorang wanita dengan belumuran darah di lantai dan sepucuk pistol. Aku bercerita jika wanita ini yang membunuh anak dan dirinya ya! Kejadian Bunuh Diri Di Malaysia kini semakin menjadi-jadi! Sebelum ini pun ada juga kejadian ini, tetapi nampaknya sekarang makin banyak.

Aku sedikit marah+sedih bila melihat anak kecil yang terbaring kaku dengan kesan tembak tu. Anak-anak kecil merasakan ibu@ayah mereka adalah tempat terbaik untuk mereka berlindung dari segala macam perkara yang mereka takutkan. Tapi kadang-kadang, orang yang mereka percaya itulah sebenarnya bahaya yang paling besar pada mereka!


Korang boleh bayangkan tak? Kalau orang yang mereka paling percaya tu, buat perkara yang paling mereka takutkan? Dengan siapa lagi mereka nak berharap?? Dan macamana pula dengan perasan mereka ketika itu? Huh! Aku betul-betul terasa bila tengok gambar tu. Aku tak heran dengan mak dia yang terbaring kaku, aku sangat heran dengan anaknya tu. Allahurabbi..

Bila ada kes macam ni, aku memang cepat terasa. Sebabnya, kepala aku terus terfikirkan anak-anak aku di rumah. Dia macam satu perbuatan khianat pada aku! Sebabnya kita dah hilangkan kepercayaan yang anak-anak berikan kepada kita. Sungguh aku terasa! Sungguh! Kenapa buat macam tu? Kenapa? Mudah aku terbayang ketakutan yang dia alami ketika itu.

Itu kalau wanita itu yang lakukan. Macamana pula kalau orang lain yang lakukan dan dengan sengaja letakkan senjata di situ untuk tunjukkan yang wanita itu yang membunuh? Itu aku kurang pasti. Kita ada anggota polis yang sememangnya cekap di dalam melakukan tugas mereka. Aku pasti pihak polis akan berjaya menyelesaikan kes ini dengan cepat.


Bagi kita orang biasa ni, usahlah disebarkan lagi gambar-gambar yang ada tu. Cukuplah derita yang mereka alami. Cukuplah sekadar kita memberikan doa kepada mereka. Agar kehidupan mereka kelak lebih bahagia. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya. Amin.

You Might Also Like

5 comments

  1. Ya Allah bangsa apa tu ? kesiannya anak dia :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangsa kita..orang jitra kedah *kalau tengok dekat ic*

      Padam
  2. Setuju sangat.. X payahlah disebar-sebarkan gambar mangsa tu.. Ok je buat entry cam ejoy nie tanpa gambar.. Kesian family mangsa..

    BalasPadam
  3. ada terbaca kes ni semalam. semoga Allah jauhkan perkara tidak baik kepada kita

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email