Jemputan menjadi penulis jemputan di blog. - ceritaejoy

Jemputan menjadi penulis jemputan di blog.

3:53 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Jemputan menjadi penulis jemputan di blog. Kadang-kadang terasa sunyi je blog ceritaejoy ni. Idea aku kadang-kadang tak bercambah pun. Terasa kecil je dunia haffizuliskandar ni. Seronok bila singgah blog rakan-rakan lain. Ada seri. Ada warna. Rasa macam happy je duduk lama-lama dekat blog orang lain.

Atas alasan yang diberikan, aku macam nak jemput rakan-rakan semua, kalau sudi, menjadi penulis jemputan di blog ceritaejoy. Berceritalah apa sahaja yang ingin anda ceritakan. Asalkan ianya tidak melanggar undang-undang sudahlah. Bahasa yang digunakan juga janganlah terlalu kasar atau terlalu menonjol. Maksudnya, tak guna bahasa 18sx la.

Aku tidaklah terlalu mengharap. Sebabnya, kita blog kecil. Jadinya, jangan terlalu mengharap sangat. Pada aku, kalau ada yang sudi, silakan, jika tiada pun takpa. Asalkan aku dah luahkan apa yang aku fikirkan di dalam minda aku sekarang ni. Ha! Lupa nak kasitau. Bukan nak minta banyak entry pun, cukuplah sekadar 1 cerita.


Orang cakap, bila ada banyak aura, seri nya akan datang dengan sendirinya. Hehehe. Aku terfikir juga, aku dah jemput orang, aku kena la balas balik kan. Jadinya apa kata kita tukar-tukar, mulanya korang menulis di blog ceritaejoy, dan aku akan balas dengan menulis pula di blog korang. Ahha! amacam? Deal? Hehehe. Jadinya, kalau ada yang sudi, silalah tinggal komen korang di ruangan bawah ya. Terima kasih semua! Hehehe.

You Might Also Like

3 comments

  1. Wahhh..best tu..hihihi tpi nk tulis blog sendiri pun kadang kala tak terupdate... huhuhu..www.keladionline.com

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email