Jangan sesekali gunakan keyword lucah untuk dapatkan trafik blog. - ceritaejoy

Jangan sesekali gunakan keyword lucah untuk dapatkan trafik blog.

1:25 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Jangan sesekali gunakan keyword lucah untuk dapatkan trafik blog. Sebenarnya isu ni dah lama dah. Dari dulu lagi banyak blogger yang memberi pendapat bahwa ini  bukanlah cara yang terbaik di dalam menarik trafik ke blog kita. Tapi percaya atau tidak, keyword lucah inilah yang paling banyak di cari. Ha? Tak percaya? Tolonglah percaya.

Antara keyword paling ngetop adalah Gambar Bogel Artis Lelaki Antarabangsa. Kalau kat Negara kita, ha tu, keyword Gambar Bogel Artis Malaysia. Keyword-keyword inilah yang sering di cari dan tidak keterlaluan kalau aku katakan, ianya berada di top ranking carian. Tapi kan, pernah juga aku jumpa dengan blog, yang tak bercerita pasal cerita lucah pun, tapi carian dengan kata kunci lucah membawa pembaca ke blog mereka. Ha, macam mana boleh jadi camtu ek?

Aku tidak lah katakan aku ni bersih sangat. Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah cari Koleksi Gambar Bogel Awek Melayu. Tapi itu dulu. Lama dulu, waktu tengah jahil. Manusia, tidak semuanya baik kan. Waktu muda kan, semua nak tengok. Tapi lepas dah berusia macam ni, bertaubatlah! Orang jahil yang berubah itu lagi baik daripada orang baik yang berlakon baik, hakikatnya jahil. Kan?


Berbalik semula kepada penggunaan keyword lucah di dalam entry. Ia semacam salah satu cara yang tidak elok di dalam menarik pembaca ke blog kita. Yelah, nak cerita pasal pergi berkelah dekat pantai, tapi selitkan ayat-ayat “waktu aku tengah berkelah tu, ternampaklah awek pakai Baju Ketat Dan Jarang. Lepas tu, bla..bla..bla”.

Tak pun ayat yang lebih menarik orang untuk terus membaca, macam contoh, “waktu awek tu mandi laut, aku nampak Kain dia Terselak Nampak Seluar Dalam”. Orang yang membaca *terutamanya orang lelaki la* confirm lah komen “wah, ada gambar tak”? Confirm punya lah. Ha, yang ini jangan cakap aku buat ya! Aku tak pernah komen macam tu pun. Hish!

Tapi kan, bukan nak kata apa la. Aku pernah singgah dekat blog yang boleh dikatakan punya nama jugak lah. Aku malas nak sebut nama blog tu dan aku dah lupa pun nama blog tu apa. Boleh je kalau nak cari balik kan? Hehe, tapi aku malas! Ok, owner blog tu, kongsikan keyword *maaf kalau bahasa aku ini terlalu open ya*, ha, dia gunakan keyword lucah yang open macam Nampak Lurah Bontot! Dan yang pada aku paling extreme…fuh!! *maaf sekali lagi ya, kalau macam open sangat* keyword gambar tetek.

Percaya atau tidak, cerita yang dia tulis tu, tah taun bila, tapi sampai sekarang dia dapat trafik dari carian kata kunci tu. Tak tau nak kata hebat ke macam mana. Yelah, dia bukan cerita lucah pun, tapi dia selitkan keyword macam tu. Jalan cerita dia macam yang aku ada bagi contoh tu tadi. Ha! Korang rasa cara itu betul ke tak?


Cerita dia sama la macam yang aku ceritakan dalam blog ceritaejoy ni. Aku bukanlah nak Tarik trafik melalui keyword gambar lucah ke, gambar bogel ke, tapi aku nak bercerita pasal, adakah cara itu baik untuk dapatkan trafik yang berterusan ataupun salah disisi undang-undang? Yelah, mana boleh kongsikan cerita atau gambar atau video lucah kan? Boleh kena tangkap ooo..pendapat korang pulak macam mana?

You Might Also Like

3 comments

  1. Yup betul tue.

    Trafik banyak pun tapi kalau sebab keyword macam tue. Rasa macam tak best pula berblog, lagi2 kalau dapat income. Sejauh mana kebersihan income tersebut.

    Belum lagi kes orang dok maki-maki search benda lucah sekali datang ke blog yang xde langsung benda lucahnya.

    Mahu stress dorang nanti he...23x ok bye

    BalasPadam
  2. yup ejoy, kak ana pernah terbaca isu keywords ni memang paling banyak carian, nauzubillahi min zalik , janganlah datangnya dari blog kita, trafik yang membawa duit ke blog biarlah yang bermanfaat buat orang lain, in shaa allah

    BalasPadam
  3. banyak sangat cerita maca ni,
    http://grosirklg.com/

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email