Isteri aku masuk paper oi! - ceritaejoy

Isteri aku masuk paper oi!

1:21 PTG


Isteri aku masuk paper oi! Bila cerita seseorang, dikongsikan dalam surat kabar, dah tentu orang itu punya sesuatu yang tidak ada pada orang lain. Yelah, takkan nak saja-saja je nak cerita je kan? Tapi bila surat kabar dah cover cerita kita, wah, rasa diri tu dah sempurna sangat.

Aku bukan nak cerita pasal wife aku. Tapi pasal orang lain. Yelah, wife dia masuk paper, haruslah diceritakan dekat semua orang. Hebat katanya. Aku bukanlah nak kata dengki ke, jeles ke. Sebabnya nak buat aku ada perasaan macam tu? Ada baiknya, aku ada perasaan iri hati pada mereka yang dah berjaya dan kaya. Kalau mereka boleh, aku pun boleh, ye idok?

Tapi itulah kan, manusia. Perasaan bangga+riak memang tak boleh lari. Bukanlah aku kata aku takda perasaan itu. Setiap manusia ada kot. Tapi kalau jadi pada aku, tidaklah aku cerita kat semua orang. Hey! Hey! Isteri aku masuk paper oi! Takde Lah macam tu.

Aku suka dengan blogger yang cerita mereka masuk dalam paper. Aku suka blogger yang kongsikan paper tu dalam blog mereka. Dan kita juga boleh baca cerita mereka. Tapi aku tak suka dengan blogger yang dok canang cerita mereka masuk surat kabar. Hey! I masuk paper, u punya blog ada masuk paper ke? Ish! Angkuh sungguh!

Mungkin mereka rasa gembira. Tapi kadang-kadang, dalam rasa gembira yang amat tu, terselit perasaan lain yang kita tak tahu. Adalah lebih baik orang yang datang beritahu kita, eh, cerita kau masuk paper lah, daripada kita yang sibuk dok suruh orang beli paper semata-mata nak suruh orang baca cerita kita. haishh! Pelik Lah korang nih!

You Might Also Like

3 comments

  1. sikap manusia ada je yang tak puas hati bila tgok org happy..nauzubillah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam yang saya ada cakap, takut dalam kegembiraan tu, wujud sifat lain yang kadang kita sendiri tak tahu...dalam sedar tak sedar..:)

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email