Dari mana keyword ni datang? - ceritaejoy

Dari mana keyword ni datang?

9:33 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Dari mana keyword ni datang?. Rasanya mana-mana blogger pun, kalau log in, akan check dulu search keyword yang ada dekat blog mereka. Tujuannya adalah untuk tahu, apakah yang di cari oleh pembaca blog mereka. Macam aku, rasanya dah 2 hari aku cari keyword “Broga Malaysia” ni dekat google. Tapi tak jumpa pun blog ceritaejoy. Yang jumpa, adalah entry pasal kes bunuh diri di jitra. Itu pun atas keyword “kes bunuh”.

Ada masanya, aku akan jadi pelik sepelik peliknya. Dari mana keyword ni datang? Keyword ada, tapi bila aku cari entry tu, takde. Ke aku ada tulis mana-mana entry dan aku selitkan keyword tu dalam entry tersebut. Pun boleh jadi juga. Atau aku masukkan keyword tu dalam gambar yang aku share dalam setiap penulisan di blog ceritaejoy? Pun boleh jadi juga kan?

Tapi kan, ni aku nak kasitau sikit. Aku jadi seronok bila tengok orang luar Negara cari resepi Sambal Belacan Sedap Dan Simple kat blog aku. Hahahaha. Walaupun ini bukanlah Blog Masakan Popular, tapi itulah keyword paling laris dekat blog aku. Hahahaha. Tak terfikir pulak, blog ceritaejoy, yang banyak cerita pasal diri sendiri dan keadaan sekeliling, boleh dapat keyword macam tu. Haishh! Lainlah kalau Blog Masakan Mat Gebu! Itu semua orang, bukan, 1 dunia tahu! Hehehe.

Berbalik semula dengan cerita aku yang awal tadi, ha, pasal Bukit Broga Malaysia tu. Seingat aku, aku ada tulis entry mengenai LOKASI HIKING PALING BEST DAN MENCABAR DI MALAYSIA. Aku ada cerita pasal Broga Malaysia dekat situ, tapi bukannya menyeluruh pun! Selit-selit juga. Hmm, atau inikah yang disebut otai-otai blogger yang mana keyword adalah senjata utama sebuah blog. Mereka sebut ya, bukan aku.

Dan untuk kesekian kalinya aku nak kasitau, entry tu juga aku tulis berdasarkan iklan yang aku ambil daripada 8Share! Hahaha, idea takda, ambil iklan daripada sana, kongsikan di blog ceritaejoy. Apa yang aku dapat? Aku dapat duit dan yang lebih penting, aku dapat keyword yang berpanjangan! Itu yang para blogger mahukan sebenarnya! Kan? Kan?


Ha, kalau korang nak dapat benda yang sama macam aku dapat ni, korang bolehlah register 8Share dekat sini <8Share.com/register>. Menulis secara suka-suka dan dalam masa yang sama, dapat duit! Lagi hebat, dari carian daripada pembaca secara berterusan! Hehehe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email