Dapat USD25 untuk 1 Review Blogs! - ceritaejoy

Dapat USD25 untuk 1 Review Blogs!

9:41 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Dapat USD25 untuk 1 Review Blogs. Alhamdulilah, rezeki datang lagi dengan blog. Sebelum ni income aku dengan blog datang daripada 8Share. Tapi yang terbaru ni, aku dapat income dari review yang aku buat di blog ceritaejoy. Yang menariknya, ianya di bayar di dalam USD! Waaa! Bestlah! Sungguh aku tak percaya. Yelah, kita rasa blog kita kecil, macam tak ada orang yang tengok, tapi bila ada yang email, minta kita buat review dekat blog, dan dibayar pula dalam USD, haruslah rasa seronok kan! Hehehe.

Yang sebenarnya, ini adalah review yang kedua yang aku buat dekat blog ceritaejoy. Yang pertama dulu adalah kolaborasi dengan Zalora Malaysia. Ianya mengenai iklan River Island. Dapat voucher RM100! Memang itulah saat paling seronok. Memang tak dapat duit, tapi dapat beli baju dekat zalora! Cantik-cantik belaka! Sampai sekarang aku simpan baju yang aku beli pakai voucher tu. Hehehe.

Yang kedua ni pulak, dapat duit! Hehehe. USD pulak tu. Haruslah lagi seronok kan? Mulanya macam ada sedikit gusar. Yelah, kita tak pernah ada pengalaman pasal benda ni, jadinya, banyak benda yang kita tak tahu. Sungguh aku nak cakap ni, mulanya memang aku tak nak buat. Takut! Tapi sampai bila kan? Kalau asyik lari je, sampai bila-bila pun kita takkan maju. Jadi, haruslah aku cuba kan!

Sumber yang diberi pada aku adalah dalam bahasa inggeris. Adoi la, itulah, waktu sekolah dulu tak nak belajar betul-betul, tengok sekarang, bahasa inggeris pun tak tahu. Jadinya aku minta buat review dalam bahasa melayu. Seharian jugalah aku translate sumber tu. Lepas dah susun, aku hantar dulu entry tu pada orang yang minta buat review tu, kali pertama kan, mestilah ada salah silapnya.


Selepas beberapa pembetulan, aku pun postlah entry tu. Hati aku waktu tu, memang ada rasa takut, yelah, kalaulah aku ditipu macam mana? Ish! Memanglah perlu ada perasaan macam tu kan? Tapi alhamdulillah, rezeki buat duit dengan blog ni, pagi tadi aku buka akaun paypal. Ada USD25! Wahh! Bestnya. Alhamdulillah. Syukur pada mu Ya Allah.

Orang cakap, blog mampu menghasilkan income pada pemiliknya jika mereka pandai manfaatkan blog mereka. alhamdulillah, aku bukanlah hebat di dalam bidang ni, dan masih lagi belajar dengan otai-otai blogger yang lain. Orang cakap, jika kita ada usaha, insyaAllah, pasti ada hasilnya nanti. Yang penting usaha, jangan harap orang lain nak suap je. Hasilkan cerita mengikut diri kita, dan bukannya copy paste dari cerita orang lain. Hehehe.

Eh..sebelum habis bercerita ni, korang pernah dengar pasal Couponbelanja? Satu laman web yang menyediakan banyak coupon diskaun untuk korang membeli belah online! Best weh dapat diskaun ni. Hehehe. Kalau korang nak tau apa tu, dan macam mana nak dapatkan coupon ni, korang boleh baca dekat sini <Couponbelanja! Laman web yang memberi anda kepuasan untuk shoppingonline!>

You Might Also Like

4 comments

  1. kak ana dapat gak tapi tak boleh nak buat sebab tak ada akaun paypal :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala..sayangnya..buat akaun paypal tu senang sangat2 kak ana..takpe, lepas ni kena buat juga akaun paypal yer..hehehe

      Padam
  2. In shaa allah ejoy, baca dah tutorial dari rakan2 blogger kita, tahniah ye.. :) rezeki juga tu .

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email