“Cuba dengar, bunyi dia halus jer”. - ceritaejoy

“Cuba dengar, bunyi dia halus jer”.

8:55 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

“Cuba dengar, bunyi dia halus jer”. Pernah atau tidak korang berhadapan dengan situasi semacam ni? Bila mana seseorang meminta anda untuk fokus kepada bunyi halus. Yang terkadang hanya boleh didengari oleh sesetengah manusia sahaja. Pernah? Jika tidak pernah, aku pernah berhadapan dengannya.

Ceritaejoy macam ni, aku terlibat dengan 1 aktiviti quality yang mana kami perlu memastikan bunyian yang terhasil daripada kenderaan. Aku dan beberapa rakan duduk di dalam kenderaan. Dan selepas itu mendengar dengan teliti apakah bunyian itu mengganggu pemandu ataupun tidak.

Bayangkan, aku dah beri tumpuan sebanyak 200% tapi yang aku dengar cuma bunyi degung. Yelah, tingkap semua tertutup, kami berempat dalam kenderaan tu semua senyap, sehinggakan bunyi nafas pun tak dengar. Pun aku tak boleh dengar bunyi halus tu.

Hebatnya kawan aku ni, dia boleh dengar. Itu aku pelik. Hey! Telinga apa kau pakai. Bila aku tanya, macam mana nak dengar, jawapan dia mudah jer, “Cuba dengar, bunyi dia halus jer”. Kau fokus betul-betul dekat bunyi tu. Adoi la. Kan aku dah cakap, aku dah beri 200% tumpuan, tapi tak juga aku dengar.

Bila aku dah berada dalam situasi seperti itu, aku dah mula kenal diri aku. Aku memang tak boleh bekerja dalam bidang quality. Aku tak boleh kerja dalam bidang yang memerlukan telinga super power macam tu. Aku dah biasa kerja dengan suasana bising! Haruk pikuk! Jadinya telinga aku dah biasa dengar bunyi bising.

Dia macam ni lah, bila seseorang yang biasa pegang spanar, main dengan minyak selama berpuluh tahun, tiba-tiba kau suruh dia duduk office tekan keyboard. Memang tak jadi apa la. Mau di ketuk-ketuk keyboard tu nanti. Hahahaha. Apa pun, aku memang respek habis lah dengan mereka yang mampu fokus pada benda-benda kecil yang macam aku ceritakan tadi. Korang memang manusia hebat!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email