Blog ceritaejoy tersenarai Blog Kacak 2016. - ceritaejoy

Blog ceritaejoy tersenarai Blog Kacak 2016.

9:53 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Blog ceritaejoy tersenarai Blog Kacak 2016. Sifu Hasrul Hassan ada buat segmen mudah. Dia post dekat status fb, katanya nak cari Blog Lelaki Kacak. Aku yang terbaca, terus letak blog ceritaejoy. Korang nampak tak aku masuk dalam bakul dan cuba untuk angkat bakul tu? Hahahaha. Tergelak aku bila memikirkan hal tu. Kacak la sangat kan? Hahahahaha.

Kalau korang search Blog Lelaki Kacak Malaysia, confirm korang takkan berjumpa dengan blog ceritaejoy. Sebabnya, takda orang pun yang calonkan aku. Dan asbab aku tersenarai dalam list Blog Kacak 2016 tu pun, adalah sebab aku gatal tangan calonkan blog sendiri. Hahaha. Kalau korang baca komen dekat Fb tu, ramai orang yang calonkan blog orang lain, tapi aku *dan ada juga lah yang lain* calonkan blog kami sendiri. Hahahahaha.


Orait. Jom kita baca pulak, apa yang sifu Hasrul Hassan cakap pasal blog ceritaejoy ni:

http://ceritaejoy.blogspot.my

Antara blogger yang dah lama ikuti blog saya. Kalau baca blog ini, pasti akan ada cerita yang terkait dengan kehidupan anda ... yang menariknya ialah, ia ditulis dengan teknik penceritaan yang boleh membuatkan orang leleh air liur membacanya. Dan kadangkala, anda akan terpaku dengan sesuatu yang jarang anda jumpa di dalam sebuah blog dalam niche yang sama.

Ha, nampak tak dekat situ. Aku memang dah lama follow blog sifu Hasrul Hassan. Banyak juga ilmu yang aku cedok dan aplikasikan dekat blog ceritaejoy ni. Boleh dikatakan separuh daripada apa yang ada di blog ceritaejoy adalah ilmu yang aku belajar darinya. Mengenai cerita yang terkait tu, hmm, kita mungkin jalani kehidupan yang sama. Jadinya mungkin cerita kita sama. Orang cakap kebetulan.

Aku terpaku dengan ayat “orang meleleh air liur membacanya” hahahahahaha. Takkan sampai macam tu sekali kut? Hahahaha. Tapi jika ada yang macam tu, sila email saya ya. Nak juga tahu cerita mana yang buat orang jadi camtu. Hamboi. Hehehe. Tapi kan, tapi, ayat sesuatu yang jarang orang jumpa dalam sebuah blog dalam niche yang sama.

Niche? Niche Blog Lelaki Kacak Malaysia ke? Hahaha, dekat situ aku kurang faham. Adakah disebabkan keyword yang biasa aku gunakan? Kalau ianya mengenai keyword, ha, terus terang aku nak cakap, aku memang suka guna macam-macam keyword walaupun keyword tu takda kena mengena pun dengan cerita aku. Hahahaha.

Apa pun, alhamdulilah dan terima kasih sekali lagi pada sifu Hasrul Hassan sebab beri peluang dan review pada blog ceritaejoy. Korang ingat senang ke nak dapat review blog dari otai. Rasa bertuah sangat. Hehehe. Tapikan, otak aku masih ligat aku berfikir, layakkah aku tersenarai dalam Blog Kacak 2016 ni? Kalaulah betul..hahahahahaha.

You Might Also Like

6 comments

  1. Semalam ade baca dekat blog HH. btw Tahniah hehe.

    BalasPadam
  2. kita tak dapat pun....tak kacak jawabnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh..ada banyak siri tu, sabar ye..hehehehe

      Padam
  3. haha. kacak ke x tu x pntg, konfiden tu pntg. kikiki

    BalasPadam
  4. tahniah abang blogger kacak !! kipidapp ^^

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email