Bila aku menjadi sangat malas! - ceritaejoy

Bila aku menjadi sangat malas!

11:30 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Bila aku menjadi sangat malas! Aku ni, suka cari benda baru dalam dunia blog ni. Bila aku blogwalking, dan terjumpa satu-satu benda yang menarik, aku mesti cari macam mana nak buat benda tu, dan masukkan dalam blog ceritaejoy. Tapi bila aku tak berjaya setelah berusaha lebih daripada 50x, aku jadi Malas Update Blog. kecewa!

Cara Membuat Iklan Popup Di Blog.

Salah satunya adalah ni, iklan popup. Rasanya dah berpuluh kali aku cuba buat dan berpuluh kali jugalah aku kecewa. Ada yang tidak berkenan di hati, ada tu, dah ok dah, dah sesuai dah, tapi bila kita cuba klik kat iklan tu, dia bukan bawa kita ke iklan yang kita letak. Tapi dia bawak kita ke blog orang yang kongsikan iklan tu. Haish!

Jadinya, bila keadaan semacam tu terjadi, yang sebenarnya, iklan popup tu untuk apa? Untuk promosikan blog orang tu atau promosikan iklan kita? Bila berhadapan dengan masalah semacam inilah yang menjadikan aku lebih stress! Arghh! Tension Nya!

Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal.

Bercerita pulak pasal buat duit dengan blog ni. Alhamdulilah, setakat ini aku dah merasa duit dengan blog ni. Itupun daripada sumber 8Share. Kalau korang nak mencuba, korang boleh register dekat sini: 8Share Malaysia. Yang kecewanya adalah hingga ke hari ini, aku masih belum merasa duit dengan Nuffnang. Rasanya dah lebih 3 kali aku cashout tetapi dibatalkan kerana fraud click.

Bukanlah nak kata apa, kalau kali pertama itu ya! memang aku klik iklan sendiri. Tapi fikir logiklah, bila dah kena sekali, takkan kita nak buat lagi kan? Dah terang-teranglah kita akan lebih berhati-hati. Tapi pun sama juga, di katanya kita ada klik sendiri iklan yang ada. Adoii aii!

Nak kata Nuffnang Penipu? Ada je blogger yang dapat hasil. Maknanya, tak tipulah kan? Entahlah!

Cara Buat Duit Dengan Google Adsense.

Terus terang aku cakap, terlalu sukar ataupun memang takkan jumpa dengan mana-mana blog yang kongsikan cara Bagaimana Buat Duit Dengan Google Adsense ni secara percuma. Memang takkan jumpa. Kalau ada pun, mereka akan cakap, bina 1 blog yang berkualiti dan menulis dengan teknik Seo.

Percaya atau tidak, mereka ada mempraktikkan teknik bagaimana Buat Duit Usd Online dan untuk mendapatkan ilmu itu, kita perlulah keluarkan sejumlah wang. Ya! Tiada yang percuma sekarang ni. Nak dapat duit, kenalah keluarkan duit. Ilmu itu ada harganya, tinggi nilainya, maka tinggilah ilmu yang akan di kongsikan kepada anda.

Tidaklah aku mengata pada sesiapa. Mereka berhak untuk berkongsi atau tidak ilmu mereka. Ini adalah kerana ilmu itu milik mutlak mereka.

Teknik Seo Terbaru

Seo ni, hanya penting pada mereka yang mahukan blog mereka berada pada tahap international. Tapikan, ada blog yang tak praktikkan pun Seo ni, tapi blognya sangat dikenali umum! Ramai pula pengikutnya! Itulah yang dipanggil Aura! Hehehe.

Teknik Seo Blog ni bagus! Sebab apa, dengan mempraktikkannya, kita mampu membawa puluhan, ratusan, ribuan orang ke blog kita. Bila perkara seperti ini terjadi, maka, progress buat wang dengan blog itu akan jadi mudah! Ha, nampak tak kat situ?

Tips Seo Blog ni banyak dikongsikan. Search aja keyword ilmu Seo ni, berderet yang akan muncul. Mahu dengan tak mahu je nak baca dan praktikkan.

Aku mulanya tadi nak cerita yang aku malas nak update blog. Tapi bila sampai kat tengah-tengah, jadi seronok pulak menaip ni. Hahahaha.Hish! Siapa yang dah tengok Mat Motor Pekin? Sajalah nak cerita walaupun dah lama kat wayang.

ypvs yamaha 500

Aku suka motor-motor yang mereka gunakan dalam filem tu. Lagi-lagi dengan plate motor yang gunakan nama owner dia, AL 500. Huish! Motor rare tu, payah nak dapat lagi kat malaysia ni. Apa pun, terima kasih pada pekin sebab buat filem ni. Buka mata semua orang. Majulah sukan permotoran malaysia! Hahaha.

You Might Also Like

1 comments

  1. Bertabahlah, kadang tu mmg rasa stress dan nak give up bila apa yang kita buat tak menjadi..hmm...sama jela kita pun :(

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email