Bertaubatlah kamu kerana mungkin ajal kamu sekejap lagi. - ceritaejoy

Bertaubatlah kamu kerana mungkin ajal kamu sekejap lagi.

10:43 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Bertaubatlah kamu kerana mungkin ajal kamu sekejap lagi. Pagi tadi, wife aku minta aku belikan roti canai untuk anak sulung aku. Sebabnya adalah, anak sulung aku mengingau jam 0620 cakap nak makan roti canai! Adoi la! Terpaksalah ayah carikan pagi ni. Alhamdulilah. Dapat juga anak aku merasa roti canai. Hehehe.

Dalam perjalanan nak beli roti canai tu, aku kena lalu 2 taman. Ini maknanya jauhla kan kedai tu dengan rumah aku. Hish! Kenapalah takde orang yang nak bukak kedai roti canai dekat-dekat sini. Tapi takpelah pasal tu, ni aku nak cerita, dalam perjalanan tu, ada sebuah surau. Dan di surau tersebut ada banyak ayat-ayat yang mengajak kita kearah kebaikan. Yelah surau kan, takkan nak ajak kita jadi jahat. Ish!

Dalam banyak-banyak ayat tu, ada 1 ayat yang menarik perhatian aku. Ayatnya berbunyi seperti ini “bertaubatlah kamu sebelum kamu mati”. Ayat ni sebenar, takda apa yang pelik pun, tapi ada sesuatu yang kurang dekat ayat ni. Aku bukanlah nak kata, ayat ni tak bagus, bagus sebenarnya, tapi kurang menyengat pada orang yang membacanya.

Orang yang baca akan baca sekali imbas tanpa ada apa-apa yang terkesan dalam diri dia. Betul tak? Korang boleh baca ayat ni dekat kebanyakkan masjid atau surau di Malaysia ni. Aku terfikir, kenapa tak ubah ayat ni, menjadi 1 ayat yang mana bila orang baca, hati orang tu akan terkesan. Ha, cam gitu. Dalam masa aku tunggu abang roti canai tu siapkan order aku, aku pun fikirlah, apa ayat yang boleh digantikan dengan ayat tu, yang pada aku, boleh memberi kesan pada orang yang membacanya.


Ayat yang berbeza tapi membawa pemahaman yang sama. Dalam dok fikir-fikir tu, dapatlah ayat yang kat atas tu, “Bertaubatlah kamu kerana mungkin ajal kamu sekejap lagi”. Hahaha. Rasa-rasa orang yang datang masjid atau surau ni, terasa tak dengan ayat tu? Mesti diarang terfikir, “aii, orang surau ni, nak doa aku mati cepat ke”?

Tidak. Bukan macam tu, ayat ni nak kasitau, ajal tu boleh sampai bila-bila masa je dan dimana-mana je. Orang yang baca mesti akan terasa hati baca ayat macam tu. Sebenarnya, aku ada ayat yang lebih kejam, tapi tidaklah aku nak kongsikan apa ayat tu. Kang ada pula yang terasa hati dengan aku. Aku selalu fikirkan, kenapa tidak buat 1 ayat yang bila orang baca, orang itu akan terasa sesuatu dalam diri mereka.

Aku teringatkan 1 iklan yang pernah aku tengok. Iklan mengenai “think big” kalau tak salah aku. Mengenai seorang buta yang meminta sedekah. Ayat yang beliau gunakan adalah, “bantulah saya, saya buta”. Orang yang lalu lalang dekat situ, hanya sekadar lalu, sebabnya semua orang pun tahu yang dia buta.

Datang seorang wanita, menukar ayat tersebut dengan ayat yang memberi kesan kepada orang yang membacanya. Dia Cuma ubah sedikit ayat tersebut tetapi masih memberi makna yang sama. Ayat yang dia gunakan adalah “hari ini tersangat indah, tetapi saya tidak mampu melihatnya”. Bila orang terbaca ayat ini, orang akan terkesan. Akan datang 1 sifat simpati dalam diri orang tersebut. Dan secara tidak sengaja, mereka akan hulurkan sedikit wang *walaupun mereka tahu, wang itu tidak cukup untuk mengembalikan penglihatan lelaki tersebut*.


Kita punya banyak cara untuk menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan. Tetapi kita tidak punya idea, bagaimana nak menyampaikan sesuatu dengan cara yang betul. Kena selalu ingat, dengan kata-kata sahaja, kita mampu mengubah pemikiran dan naluri manusia. Orait, nak kena roti canai dulu, renung-renungkan dan selamat mencuba. Daa~

You Might Also Like

1 comments

  1. demi isteri dan anak meredah mencari roti canai... Allhamdulillah usaha yg ikhlas buat keluarga terjumpa dgn ayat itu kan... Allah nak bgi pahala ni, sepotong ayat juga ilmu dan ilmu itu disebarkan... terima kasih :)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email