Apa yang paling menakutkan iblis? - ceritaejoy

Apa yang paling menakutkan iblis?

10:42 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Apa yang paling menakutkan iblis? Pagi tadi aku dapat 1 perkongsian daripada seorang rakan. Ianya adalah mengenai Perbualan Iblis Dengan Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang benar-benar menarik perhatian aku adalah di dalam perbualan ini ada menerangkan Siapa Iblis Itu Sebenarnya. Buka mata, buka minda, baca dan faham sedalam-dalamnya apa yang ingin disampaikan. Ayuh! Lanjutkan bacaan anda.

Bismillah al Rahman al Rahim.

Perbualan Iblis Dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah bertanya: Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak mendirikan solat?

Iblis menjawab : Aku merasa panas dan gementar.

Rasulullah bertanya: Kenapa?

Iblis menjawab : Sebab setiap seorang hamba yang bersujud 1x kepada Allah, Allah akan mengangkat darjatnya sebanyak 1x.

Rasulullah bertanya: Jika seorang daripada umatku berpuasa?

Iblis menjawab : Tubuhku terasa diikat sehinggalah ia berbuka puasa.


Rasulullah bertanya: Jika ia berhaji?

Iblis menjawab : Aku terasa seperti orang gila!

Rasulullah bertanya: Jika ia membaca al-quran?

Iblis menjawab : Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.

Rasulullah bertanya: Jika ia bersedekah?

Iblis menjawab : Itu sama sahaja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.

Rasulullah bertanya: Mengapa boleh terjadi sedemikian rupa?

Iblis menjawab : Sebab di dalam sedekah ada 4 keuntungan bagi nya, iaitu:

i) Keberkahan di dalam hartanya.

ii) Hidupnya di sukai.

iii) Sedekah itu kelak akan menjadi hijab dirinya daripada api neraka.

iv) Terhindar dari segala macam musibah.

Rasulullah bertanya: Sekarang, apa yang dapat mematahkan pingangmu?

Iblis menjawab : Suara kuda perang di jalan Allah.

Rasulullah bertanya: Apa pula yang dapat menghancurkan tubuhmu?

Iblis menjawab : Taubat orang yang bertaubat.

Rasulullah bertanya: Apa yang dapat membakar hatimu?

Iblis menjawab : Istighfar di waktu siang & malam.

Rasulullah bertanya: Apa yang dapat mencoreng wajahmu?

Iblis menjawab : sedekah yang diam-diam.

Rasulullah bertanya: Apa yang dapat menusuk matamu?

Iblis menjawab : Solat fajar.

Rasulullah bertanya: Apa yang dapat memukul kepalamu?

Iblis menjawab : Solat berjemaah.

Rasulullah bertanya: Apa yang paling menganggumu?

Iblis menjawab : Majlis para ulama.

Rasulullah bertanya: Bagaimana cara makanmu?

Iblis menjawab : Dengan tangan kiri dan jariku.

Rasulullah bertanya: Siapa temanmu wahai iblis?

Iblis menjawab : Penzina!

Rasulullah bertanya: Siapa teman tidurmu?

Iblis menjawab : Pemabuk!

Rasulullah bertanya: Siapa utusanmu?

Iblis menjawab : Tukang sihir!

Rasulullah bertanya: Apa yang membuatmu gembira?

Iblis menjawab : Bersumpah dengan cerai!

Rasulullah bertanya: Siapa kekasihmu?

Iblis menjawab : Orang yang meninggalkan solat jumaat.

Rasulullah bertanya: Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?

Iblis menjawab : Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email