Anak demam panas!! - ceritaejoy

Anak demam panas!!

12:02 PTG

gambar baby cute

Anak demam panas!! Ceritaejoy mula-mula yang demam. Lepas tu, balik rumah, belum sempat buka kasut kerja dan melangkah masuk ke dalam rumah, wife dah dukung anak bongsu keluar. Lepas tu beri pada aku. Hai. Awak demam ni + selsema dengan batuk, dia boleh pulak hulur anak suruh dukung. Disebabkan tak sampai hati tengok anak bongsu aku terkapai-kapai, aku ambil juga. Bila dah pegang tu, mesti habislah aku cium-cium dia. Inilah peluang nak bau syurga *kata orang bila cium budak-budak, itu bau syurga*.

Tapi faham-faham jelah, bayi ni, daya ketahanan badan dia tak kuat lagi. Jadinya mudahlah berjangkit. Dan sekarang! Arghh, anak aku pula yang mula nak demam dan batuk. Aku pulak semakin sihat dan segar! Alhamdulilah. Ni, nak kena risau pasal anak-anak pula. Nampak tak aku sebut anak-anak dekat situ? Ini bermakna dua-dua nak berjangkit dengan aku! Arghhh!

Anak-anak aku, dua-dua tidur dengan aku. Pasrah! Sebabnya, tau lah kan, anak-anak kecil ni tidur, buas! Habis di pusingnya dunia. Yang ayah ni, terpaksalah tidur di sempadan. Untung nasib, tidur atas pagar. Kurang bernasib baik, terkeluar sempadan, kena tembak dengan askar sempadan. Sakit oo badan, kalau jatuh katil terhantuk kepala dekat simen? Hadoii la!

Bila anak-anak demam, kita secara automatik akan extra sensitive. Kena lebih fokus dengan segala macam gerak geri mereka. Wife aku pulak, dia memang suka dengan ubat-ubatan tradisional. Jadinya, macam-macam kaedah ubat demam panas tradisional yang dibuatnya. Sapu kunyit dekat hidung, sapu minyak bawang putih, minum air asam jawa,minum air barli, eh, macam-macam lah!

Demam tu boleh usaha, ni batuk, camana? Aku kalau kena batuk, ubat paling mujarab adalah minum air asam jawa+aiskrim vanilla. Ha, air asam tu buat sendiri ye bukan beli punya. Amik buah asam jawa tu, masuk dalam cawan, hancur-hancur isi, kacau dan minum. Perghh! Pekat! Likat! Padat! Yang penting tanpa gula. Hehehe.

Hmm, petua hilangkan batuk kanak-kanak apa yer? Ha! Aku pernah terbaca pasal mandian lemon. Wah! Macam best je. Macam best je. Waktu aku sedang menaip entry ini, barulah aku terfikir petua ni, kenapalah aku tak terfikir sebelum ni. Mudah pun mudah. Beli lemon, potong, dan masukkan ke dalam mandian anak. insyaAllah berhasil.

Apa pun, aku suka mendengar petua-petua baru daripada rakan-rakan blogger yang lain. Jika ada yang sudi berkongsikan petua ubat anak demam panas, silalah kongsikan di ruang komen di bawah ini ya! Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy. Daa~

You Might Also Like

4 comments

  1. kunjungan dari ~ http://jmbelog.blogspot.my/...

    semoga anak cepat sembuh...

    BalasPadam
  2. Semoga anak-anaknya cepat sembuh ye..
    Tips masukkan lemon dalam mandian tu first time dengar...
    Bolehlah cuba...

    BalasPadam
  3. semoga baby cepat2 sembuh ejoy..wah wah adsense dan berlegar2 di blog.. tahniah

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email