Adakah benar pekerja asing membunuh ekonomi rakyat Malaysia? - ceritaejoy

Adakah benar pekerja asing membunuh ekonomi rakyat Malaysia?

2:09 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Adakah benar pekerja asing membunuh ekonomi rakyat Malaysia?. Nampaknya isu ini sedang hangat diperkatakan di media massa. Wujud perbalahan di antara mereka yang bersetuju dengan tindakan membawa masuk Pekerja Bangladesh 1.5 Juta orang dengan mereka yang kurang bersetuju. Rata-ratanya memberikan pendapat berdasarkan pandangan dan pengalaman masing-masing.

Baiklah! Aku tak nafikan, ada yang betul dan ada juga yang aku kurang bersetuju. Tetapi jika di tanya pada aku, ini adalah pendapat aku. Jumlah yang disebutkan itu adalah terlalu tinggi. Ini adalah kerana, Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia ketika ini boleh dikatakan terlalu ramai. Sehingga boleh dikatakan, jumlah ini semakin bertambah setiap bulan.


Pekerja Asing Dalam Sektor Pembinaan.


Mengenai alasan tiada orang Malaysia yang sanggup bekerja di dalam sektor binaan. Memang ya. Dan jika dilihat, ianya sememangnya di monopoli oleh pekerja asing. Mengenai alasan yang aku baca di media massa, semuanya melibatkan gaji. Orang Malaysia tidak menjadikan sektor binaan sebagai kerjaya adalah disebabkan gaji yang diterima adalah kecil. Majikan mungkin mempunyai alasan mereka yang tersendiri kenapa mereka lebih gemar memilih pekerja asing.

Tetapi dari apa yang dilihat oleh mata aku, jika di beritahu, mereka diambil bekerja di sini di dalam sektor binaan. Aku kurang setuju. Ini adalah kerana, terdapat Pekerja Asing yang bekerja sebagai Operator Pengeluaran. Cuba lihat ke kilang-kilang yang ada sekarang ni. Dah ramai pekerja asing.


Inilah yang di risaukan ramai orang ketika ini. Bila majikan lebih memilih pekerja asing, maka terlalu ramai orang Malaysia yang akan menganggur. Dekat tempat kerja aku sekarang, ada syarikat pembekal yang mengajikan ramai pekerja asing dan separuh dari nya adalah pekerja Bangladesh. Tak aku nafikan, ada daripada mereka yang rajin bekerja. Namun, dalam sedar tak sedar, ianya dah menutup peluang orang kita untuk mencari rezeki di tanah air sendiri.

Kalau di lihat dengan lebih menyeluruh, pekerja asing kini bukan sahaja bekerja dalam sektor binaan sahaja, malah  Pekerja Asing berada Dalam Sektor Pertanian, perladangan, pembuatan dan macam-macam lagi. Tu, cuba lihat dekat pasaraya-pasaraya besar sekarang ni, dah ramai pekerja asing. Mereka kalau sebelum ini, hanya bekerja pada bahagian “delivery” sahaja, tetapi kini kelibat mereka boleh dilihat pada kaunter bayaran!

Keadaan ini dilihat sebagai salah satu halangan buat rakyat Malaysia di dalam mencari sesuap nasi. Ya! Memang betul orang kita tak suka kerja binaan, tapi macam mana pula dengan operator di kilang? Cashier? Kerja-kerja pertanian. Inilah yang di risaukan oleh rakyat kini.

Kebanjiran Pekerja Asing Meningkatkan Masalah Sosial.


Aku tidaklah mengatakan keseluruhan masalah sosial kini berpunca daripada pekerja asing. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, aku sedikit gusar bila memandang kepada ramai nya pekerja asing yang menjadikan rumah kedai sebagai kediaman mereka. Aku terasa asing berada di tanah air sendiri bila mana ingin ke kedai berdekatan rumah aku.

Jumlah mereka boleh dikatakan terlalu ramai. Tak mustahil di dalam jumlah seramai itu, masalah sosial takkan terjadi. Kita bukan tak pernah dengar mengenai kes rompakan, bunuh, rogol dan macam-macam lagi. Inilah yang di risaukan oleh kami rakyat Malaysia. Memang benar, ada juga rakyat kita yang melakukan kesalahan seperti ini. Bukanlah aku menuduh ke semua pekerja asing adalah penyebab kepada masalah ini. Bukan ya.

Apa pun, bukan lah semua pekerja asing itu teruk. Mereka juga sebenarnya banyak membantu Malaysia di dalam membina banyak banggunan pencakar langit. Mereka boleh dikatakan di antara yang menyumbang kepada kejayaan Malaysia kini. Namun , di dalam isu membawa masuk Pekerja Bangladesh 1.5 Juta, aku sememangnya tidak bersetuju. Ini hanyalah pandangan aku semata-mata. Ianya pasti berbeza dengan orang lain.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email