Kenapa perlu tutup cermin bila ada kematian? - ceritaejoy

Kenapa perlu tutup cermin bila ada kematian?

10:45 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kenapa perlu tutup cermin bila ada kematian?. Aku kurang pasti samada korang perasan atau tidak mengenai hal ini. Aku sendiri pun kurang perasan sebenarnya kenapa mesti tutup cermin dengan kain bila ada kematian, tetapi sewaktu kematian ibuku yang tercinta, baru aku perasan.

Ada satu “ruang” khas untuk aku setiap kali aku pulang ke kampung. Aku memang suka tidur dalam ruang tu. Ala, macam hall kecik je, ada tilam, sofa, meja solek gan almari baju. Hari pertama tahlil ibuku, aku memang tak perasan apa-apa, maklumlah keletihan menguruskan segalanya.

Masuk hari kedua, sewaktu aku baring-baring, baru aku perasan yang cermin di dalam bilik aku ditutup dengan kain batik! Aiks! Dah kenapa tutup pakai kain batik kan? Serius aku pelik pasal benda tu. Banyak sungguh persoalan dalam diri aku waktu tu, kenapa perlu tutup cermin? Sungguh aku terasa macam nak bukak je kain tu, tapi cepat-cepat adik aku cakap, jangan bukak kain tu!!



Hah? Kenapa?? Adik aku cakap, memang, kalau ada kematian, kena tutup semua cermin yang ada dekat rumah. Kenapa perlu tutup cermin bila ada kematian? Soalan aku tu, takda jawapan. Kata dia, memang dari dulu macam tu. Haishh!

Kepala aku automatik fikir, apa orang takut muncul yang bukan-bukan ke kat cermin tu? Ala, pemikiran yang di rasuk dengan cerita hantu, confirmlah fikir macam tu kan? Korang pun mesti fikir perkara yang sama macam aku kan? Kan? Sebab tu, kena tutup cermin masa ada kematian. Kan?

Di sebabkan aku mencari kepastian kenapa perlu tutup cermin bila ada kematian, aku pun buat research mengenai hal ini. Dari bacaan kasar aku, punca disebabkan kita perlu menutup cermin adalah, untuk mengelakkan tetamu yang datang melihat cermin. Sebab takut tetamu yang datang tu berhias bagai dan lupa yang mereka datang untuk melawat orang meninggal.

Mengenai hal mistik, aku tak jumpa pula. Cumanya ada blog yang menceritakan, amalan menutup cermin bila ada kematian ini adalah amalan orang tua-tua dulu. Katanya, cermin hanya digunakan si mati ketika hidupnya, dan apabila pemiliknya meninggal dunia, ianya tidak digunakan lagi. Macam itulah yang diceritakan.

Owh, sekarang barulah aku tahu kenapa perlu tutup cermin bila ada kematian. Ianya hanyalah amalan orang tua dulu-dulu. Tapikan, tapilah, kalau betullah muncul “sesuatu” dekat cermin tu macamana? Ha, seram juga dibuatnya kan? Hish! Inilah pengaruh filem, susah betul nak hapuskan dalam minda manusia.

You Might Also Like

2 comments

  1. Hahahahaha...pernah jugak terdengar pasal ni...tapi x pernah plak tanya kenapa...takut nak tau sebab dia..muahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kan, lepas ni, kalau saya terjumpa lagi, terasa juga nak bertanya pada tuan rumah. mungkin variasi cerita mereka berbeza dengan cerita saya. hehehhe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email