Suka makan sambal belacan? Sila baca artikel ini. - ceritaejoy

Suka makan sambal belacan? Sila baca artikel ini.

3:04 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Suka makan sambal belacan? Sila baca artikel ini. Makan nasi panas dengan ulam ulaman dan ikan masin tanpa sambal belacan seperti tiada kesempurnaannya. Orang cakap tak cukup rasa! Sambal belacan dianggap sebagai pelengkap kepada menu orang kita terutamanya orang melayu. Blog ceritaejoy seringkali dikunjungi oleh mereka yang mencari resepi sambal belacan sedap.

Aku bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang masakan. Dan terus terang juga, aku bukanlah pakar di dalam penggunaan keyword. Tetapi, selepas aku mengiklankan 1 iklan daripada 8share, dalam sedar tak sedar, ada “keyword” yang paling berharga yang hingga kini membawa ramai orang ke blog aku hanya dengan 1 tujuan, mencari resepi sambal belacan sedap.


Cara buat sambal belacan juga tidak lah sesukar mana. Tidak perlu api pun. Cukup sekadar belacan, cili hidup, gula dan garam. Masukkan kesemuanya kedalam lesung dan tumbuk ,dan ianya sedia untuk dinikmati. Mudah dan sedap! Bagi mereka yang suka pedas, sudah pasti lah sambal belacan menjadi keutamaan di dalam setiap hidangan makan tengahari mereka.

Dalam zaman serba moden dan pantas ni, dah ada sambal belacan express dah. Sambal belacan adabi. Bagi mereka yang suka travel, bolehlah bawa. Sekurang-kurangnya, terubatlah sedikit rasa rindu di kampung halaman. Tapi bagi aku, aku lebih gemarkan sambal belacan asli. Rasa kampung. Yang dibuat sendiri. Rasanya sudah pasti lebih enak!

Bagi mereka yang mencari resepi sambal belacan sedap, sila taip sambal belacan pada bahagian search di atas penjuru kanan blog ceritaejoy. Semoga perkongsian itu, memberikan hidangan anda selepas ini menjadi lebih istimewa. J

You Might Also Like

4 comments

  1. kalau buat sendiri sedap!
    yg ni bg MG kureng skit! hihi



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    BalasPadam
  2. saya xx pernah makan brand adabi ni.. memang x beli kot.. buat la DIY sendiri lagi best hii

    BalasPadam
  3. betul betul..makan kalau xde sambal belacan rasa macam tak cukup menyengat makanan tuh..hehe

    BalasPadam
  4. Buat sendiri memang ohsem.. Tapi kalau just nak makan berdua memang x berbaloi.. kadang2 nak buat pencicah ulam-ulaman jer.. Adabi memudahkan kerja.. Hehehe..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email