Seronok ke jadi blogger? - ceritaejoy

Seronok ke jadi blogger?

4:55 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Seronok ke jadi blogger? Aku pernah di tanya dengan soalan ini. Nampaknya, rakan-rakan sekerja dah ramai yang tahu akan kewujudan blog ceritaejoy ni. Mungkin disebabkan beberapa “keyword” yang berkaitan tempat kerja aku sekarang ni membawa mereka ke blog aku. Adoi! Habislah! Bos-bos mesti tahu. Yelah, ada beberapa entry di dalam blog ini yang “berunsurkan” mereka. Ahh, lupakanlah tentang tu.

Ok. Berbalik kepada soalan aku tadi, seronok ke jadi blogger nih? Kalau di tanya pada aku, jawapan aku ya! Seronok! Sebabnya, aku ada ruang untuk menulis dan berceritakan perihal hidup aku. Mungkin tidak secara menyeluruh, tetapi ada juga ruang untuk aku bercerita. Dah nama pun ceritaejoy kan?

Dan aku juga boleh berkenalan dan menimba bermacam-macam ilmu baru daripada rakan-rakan blogger Malaysia dan blogger Indonesia. Kalian memang awesome! Hehehe. Aku paling suka dengan blog informasi dan blog travel. Aku suka mengembara dan melihat tempat orang, tapi “budget” yang menghalang segala-galanya.


Tapi, itu tidak menjadi masalah bila aku ada blog. Itu yang aku suka jadi blogger ni. Sebabnya, rakan-rakan blogger lain yang keluar mengembara akan kongsikan gambar dan pengalaman mereka. Bila kita baca dan tengok gambar-gambar dalam blog mereka, kita turut sama merasakan hal yang sama. Hebatkan? Hehehe.

Blog juga mampu memberi wang kepada pemiliknya. Sekarang ini, boleh dikatakan, blog menjadi income kedua kepada blogger. Bermacam-macam cara buat duit dengan blog sekarang ni. Aku? Aku sekarang ni, cuma menggunakan medium nuffnang, 8share, popads, adsense dan iklan sendiri. Untuk nuffnang dan 8share, ada sedikit hasilnya. Untuk popads dan google adsense, hmm, aku perlu menuntut banyak lagi ilmu dan mengenai iklan sendiri, alhamdulillah, ada rezeki dekat situ. Syukur padamu ya Allah.

Ha! Jangan tak tahu, dengan blog juga, korang boleh mengembara ke pelbagai destinasi dunia. Jangan ingat aku berbohong ya! Mungkin aku belum memperolehi rezeki untuk melancong ni, tapi ramai blogger lain yang dah sampai ke pelbagai lokasi menarik dengan hanya bermodalkan blog. Ahha! Paling syok, dapat tajaan melancong ke jepun dengan airasia!

Tahun 2016! Semoga aku juga berpeluang mendapat tajaan ke lokasi menarik seluruh dunia, insyaAllah, amin. Hehehe. Baru-baru ni, aku join event Aabc atau Airasia bloggers community, juga menawarkan tajaan penerbangan ke china. Besar harapan untuk menang tu. Hahahaha.


Banyak sebenarnya yang aku nak cerita lagi pasal seronoknya jadi blogger ni. Cumanya, setiap perkara ada baik dan buruknya. Tengok juga pada cara kita mengendalikan blog kita. kalau niat baik, baiklah jadinya, kalau ada niat tak elok, maka tak eloklah jadinya. Ok, aku dah jawab soalan ni, sekarang aku nak tanya pulak pada korang, Seronok ke jadi blogger?

You Might Also Like

4 comments

  1. macam mana nak join air asia blogger community tu ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye..nak join Aabc tu senang je. kena hantar email pada mereka. Boleh search aabc pada kolum search pada bahagian atas kanan blog ceritaejoy..:)

      Padam
  2. alhamdulillah seronok kan ejoy, macam-macam ada dan paling best bila perkongsian kita membantu orang lain diluar sana..in shaa allah .

    BalasPadam
  3. seronok dan enjoy je tapi kena ada minat.. bukan jadi blogger sebab ikut-ikutan...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email