Rahsia buat duit dengan google adsense - ceritaejoy

Rahsia buat duit dengan google adsense

10:55 PG


Rahsia buat duit dengan google adsense. Bila bercerita pasal google adsense dengan blogger, pasti perkara pertama yang keluar daripada mulut adalah wang! Ini merupakan medium utama di dalam menghasilkan wang melalui blog. Tapi harus juga di ingat, bukan mudah untuk memiliki akaun adsense ya!

Baiklah, perkara kedua setelah lulus sahaja adsense adalah Buat Duit Dengan Google Adsense. Bunyinya macam mudah kan? Tapi ianya tidaklah semudah yang di sangka! Ada blog yang dah lama lulus adsense, tetapi tidak berjaya menghasilkan apa-apa income daripada google adsense.

Aku boleh dikatakan, hari-hari cari ilmu pasal google adsense ni. Macam-macam keyword aku tekan, Cara Dapat Duit Google Adsense, Buat Duit Dengan Google Adsense, Bagaimana Buat Duit Dengan Google Adsense, Rahsia Google Adsense, eh, macam-macamlah, tapi ikhlas cakap, tak satu pun yang kongsikan rahasia mereka hasilkan jana ribuan malahan puluhan ribu ringgit sebulan dengan adsense.


Pagi tadi, aku jalan-jalan lagi ke blog rakan-rakan Indonesia. Kenapa Indonesia? Sebabnya, setiap kali aku search satu-satu benda tu, mesti aku akan di bawa ke blog Indonesia. Blogger Indonesia emangnya hebatkan di dalam SEO blog. Ehehhe.

Yes! Akhirnya aku jumpa juga dengan apa yang aku inginkan. Selepas aku praktikan apa yang diajarkan, tara!! Korang jangan tak percaya ya! Income adsense aku naik dengan mendadak! Yes!

Akhirnya, Rahsia buat duit dengan google adsense terbongkar! Tak percaya? Tengok gambar bawah ni:

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Dan ini selepas aku praktikkan apa yang diajarkan:

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Yang sebenarnya, senang je. Sapa-sapa pun boleh buat. Tak percaya juga? Ok, jom aku kongsikan cara-cara mudah hasilkan income dengan adsense ni. Perkara pertama yang korang kena buat adalah, masuk ke laman web ini: http://www.hacktrix.com/google-adsense-money-generator/.

Ahha! Lepas tu, korang isikan nilai 100 pada Money you wanna make today. Dan nilai yang sama pada money you made yesterday. Dan tekan generate cash. Taraa! Siap dah! Dah boleh post dekat blog korang.  Hehehe.

Yang sebenarnya, setiap apa pun perkara di dunia ini, haruslah disertakan dengan usaha yang kuat dan tak pernah putus asa. Sama halnya dengan buat duit dengan adsense ni, kena ada blog yang hebat dari segi content nya, dan juga trafik yang tinggi, barulah boleh nampak kenaikan yang positif pada adsense anda. Betulkan dahulu blog dan isinya, dan usaha untuk hasilkan trafik yang tinggi pada blog.

Dan selepas semua ini berhasil, maka lihatlah peningkatan jumlah amaun di dalam adsense anda. Semoga anda termasuk lah aku berjaya menghasilkan pendapatan dengan adsense ini.

Terima kasih ya sudi baca Rahsia buat duit dengan google adsense.

You Might Also Like

6 comments

  1. TERIma kasih sudi share tips ..kita pun income sikit huu.. tapi x faham lepas tulis nilai tu .. kena screenshot then publish post balik ke.. ..tiap2 hari kena buat macam ni ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha. wani. awak mesti tak faham betul-betul dengan apa yang saya sampaikan ni. hehehe. yang sebenarnya, aplikasi tu hanya mainan sahaja. yelah, kan orang selalu post mereka berjaya buat wang dengan adsense *tak semua ya*, ada di antara mereka menggunakan aplikasi ini untuk menunjukkan yang mereka dah berjaya hasilkan wang. Hakikatnya tidak berjaya pun. Macam yang saya ada cakap dalam entry saya, kita kena usaha naikkan trafik dan hasilkan entry yang berkualiti. Bila dua ni berjaya, income adsense pasti meningkat. Semoga berjaya ya. :)

      Padam
    2. selalunya mereka yang nak jual ebook. Ada yang menggunakan aplikasi ni tuk tunjukkan yang kononnya mereka dah berjaya hasilkan income yang besar dengan adsense. Tapi tak semua ya.

      Padam
  2. ohhh dah agak dahh... perasan jugak tu haaa

    BalasPadam
  3. bestnya kalau aplikasi tu betul2 bagi kita duit..seronoknya.
    tu la kan ejoy, tindakan beserta usaha, insha Allah akan membuahkan hasil, bermula dari nilai sedikit, lama2 terkumpul jd banyak. adsense ni cerewet orangnya. blog yumida lama ni x lepas syarat. buat blog baru, baru diluluskan.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email