Page Amran fans hampir di tutup hanya kerana susu? - ceritaejoy

Page Amran fans hampir di tutup hanya kerana susu?

4:19 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Page Amran fans hampir di tutup hanya kerana susu?. Uish, macam-macam isu la sekarang ni. Isu yang sedia ada pun tak setel-setel lagi, ni timbul lagi isu baru. Budaya selfie nampaknya dah tak boleh nak bendung lagi. Kalau dulu, kawan-kawan kenakan, dengan amik gambar waktu korang ngah sedap buang air besar, korang marah. Tapi sekarang, korang sendiri yang dok selfie, ambik gambar waktu tengah “syok” melepas. Pastu yang hebatnya lagi, post dekat insta gan fb. Tambah hebat lagi, korang marah sapa yang komen bukan-bukan. Adoi aii!

Aku sebenarnya, tak tahu menahu pun pasal isu ni.  Ceritaejoy bila mana, kawan-kawan dekat Fb dok post ayat-ayat yang berbunyi semacam ni:

“Aii, tak habis-habis lagi ke isu menyusu ni?”

Dah aku terbaca, mau nya tak terfikir, hai, nyusu apa pulak nih? Nih, baru kejap baca dekat babab.net. Top postnya adalah cerita pasal menyusu. Aii, susu apa? Apa yang kecoh sangat ni? Pastu apa kaitannya dengan amran fans? Ish! Tak boleh jadi ni, kenalah aku menyiasatkan? Takkanlah pasal susu, page amran fans bakal berkubur? Lepas tu, siapa yang nak hiburkan hati aku lepas ni?

Baca juga : Apa itu Netflix?

Hasil daripada siasatan aku, akhirnya terjawablah sudah isu susu ni. Hish! Macam yang aku ada cakap tadi, orang zaman sekarang kan, buat apa pun, mesti ambil gambar dan kasitau pada semua orang. Nak dijadikan cerita, seorang ibu ni, ambil gambar dia sedang menyusukan bayi dia. Lepas tu, dia post gambar tu dekat media sosial. Dan dia juga ada mentionkan nama amran fans. Alamak!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Selepas gambar tersebut menjadi viral, wanita tersebut dikatakan telah membuat laporan polis. Erks. Oleh yang demikian, page amran fans telah dipadamkan buat seketika. Alamak! Hanya kerana susu, rosak page amran semuanya. Hahahaha. Hebat juga penangan amran ni kan?

Aku sebenarnya, pun tak bersetuju dengan apa yang dilakukan. Benar, susu ibu adalah yang paling baik di dunia. Cumanya mungkin perbuatan selfie itu tidaklah bersesuaian dengan etika kita di sini. Wanita itu mungkin punya sebabnya yang tersendiri tetapi ianya tidak diketahui oleh semua yang melihat gambarnya. Sebabnya, dalam kepala kita, semua dah terpahat dengan kata-kata:

“Biarlah gambar yang berbicara”

You Might Also Like

7 comments

  1. Memang pelik orang2 zaman sekarang nie.. hmmm

    BalasPadam
  2. bukan setakan menyusu sahaja yang tidak digalakkan upload... banyak perkara lagi kalau boleh tak perlu didedahkan kepada khalayak ramai... Bukankah ia menunjuk-nunjuk...

    BalasPadam
  3. orang zaman sekarang pelik-pelik juga

    BalasPadam
  4. Dulu pun pernah orang buat, tapi takde pula orang kecoh... mungkin sebab suka-suka je... tapi zaman skrg ni banyak mata lalat dan langau... tu masalah... apa pun, selfie ketika breastfeeding... hmmm... dulu tak kisah je, sekarang kisah sangat...

    BalasPadam
  5. excited bf... ms thn 80an bf x popular. bila barat dah war-war bf ni bgs la apa br kalut nak promo kebaikan bf... padahal rasulullah saw pun dh ajar bf ni bgs sejak dr zamannya lagi... apa pun as a muslim jaga tatasusila utk bf anak. Go back to muslim lifestyle.... as a muslim mom malu harus juga ada dalam diri...

    BalasPadam
  6. yang ini cik en sokong amran.. dia menegur walaupun gayanya kasar.. mm.. benda cmni pon nak selpie ke..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email