Kisah kejayaan Athirah mengusarkan Negara! - ceritaejoy

Kisah kejayaan Athirah mengusarkan Negara!

1:32 PTG

gambar nur athirah

Kisah kejayaan Athirah mengusarkan Negara! Ketika semua orang ingin menutup tahun 2015 mereka dengan sesuatu yang hebat, kita dikejutkan dengan “kejadian culik” seorang remaja perempuan. 

Ianya dikukuhkan dengan rakaman suara yang tersebar luas di media sosial. Seluruh Negara seakan-akan bersatu mencari dan tak juga menadah tangan berdoa agar remaja ini tidak berhadapan dengan perkara yang tidak elok dan kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga.


Setelah beberapa hari berada di dalam kerisauan, kita menerima berita gembira. Dimana Athirah telah dijumpai selamat. Dan ternyata dia sungguh selamat dan berada di dalam keadaan selesa!

Tidak seperti yang digambarkan melalui audio rakaman suara yang tersebar luas tu. Dia di temui bersama rakan lelakinya! Jadi di mana penculik-penculik dan kanak-kanak lain yang diculik tu?

Ianya hanyalah rekaan cerita yang dibuat Athirah semata-mata inginkan “kebebasan”. Athirah telah mengusarkan seluruh Negara dengan cerita penculikan dan kini beliau membangkitkan kemarahan dan makian seluruh Negara. 

Apa yang beliau inginkan? Kenapa perlu mengambil seluruh perasaan rakyat Malaysia?

Kalau kita melihat kepada keadaan ini, remaja ini baru berusia 14 tahun! Terlalu muda! Tetapi berani melakukan perkara yang aku anggap terlalu besar. Apa yang sebenarnya beliau inginkan?

Kebebasan? Jika kebebasan seperti inilah yang di cari remaja sekarang, para ibu bapa perlu mencari alternative baru di dalam didikan anak-anak.

Memang benar, didikan kini tidak seperti dahulu. Ramai yang membandingkan zaman dahulu dengan zaman sekarang. Kenapa zaman dahulu, anak-anak di didik dengan cara yang tegas tetapi berjaya menjadi manusia yang berjaya. Kenapa anak-anak sekarang, tidak boleh dididik sama seperti dahulu?

Jawapannya adalah kerana pemikiran manusia di zaman sekarang sudah teruk di racun dengan pelbagai variasi cerita samada melalui media massa ataupun media cetak. Kita dah tak boleh nak control lagi. 

Aku tak terperanjat jika melihat anak-anak kecil di awal usia 5 hingga 6 tahun membawa gadget. Tujuan ibubapa adalah untuk anak-anak mereka ada hiburan seperti video kartun ataupun permainan video.

Apa yang mereka tidak sedar adalah, ianya adalah permulaan kepada anak-anak ini untuk “explore” perkara baru dengan lebih meluas. Kalau dari kecil mereka dah di ajar, tidak mustahil mereka akan lebih cepat tahu. Kita pernah di kejutkan dengan berita pelajar sekolah rendah yang melahirkan bayi. Masih ingat dengan cerita tu?

Ianya di burukkan lagi dengan keadaan ibubapa yang kurang memberikan perhatian kepada anak-anak. Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa yang memaksa ibubapa melakukan lebih banyak kerja dan bukan 2 kerja sahaja. 

Bila keadaan seperti ini, anak-anak akan mencari perhatian daripada orang lain. Dan bermula daripada situlah, segala macam perkara yang tidak kita ingini berlaku.

Jadi apa yang perlu kita buat? Jika ditanya pada aku, perbanyakkan iklan-iklan yang menceritakan keburukan yang bakal anak-anak ini hadapi bila melakukan perkara semacam ini. Iklan yang benar-benar iklan. Maksud aku yang sampai terus ke minda remaja dan bukannya iklan yang memerlukan mereka berfikir panjang.

Perbanyakkan juga papan iklan yang memaparkan keburukan yang bakal mereka hadapi. Letak di lokasi yang strategik. Di lokasi yang di kenal pasti, menjadi ramai remaja melepak. 

Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting. Ibu Bapa perlu tahu, apa yang anak-anak mereka mahukan. Luangkan masa untuk mendengar luahan hati anak-anak anda.

Anak-anak Cuma mahu luahan hati mereka di dengar. Mereka juga dahagakan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Sesibuk manapun kita sebagai ibubapa, luangkanlah sedikit masa untuk mereka. Dengan cara ini, mereka akan rasa lebih di hargai. insyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email