Duit pertama dari blog! Hoyeh!! - ceritaejoy

Duit pertama dari blog! Hoyeh!!

8:22 PTG

buat duit dengan 8share


Duit pertama dari blog! Hoyeh!! Mestilah aku seronokkan, sebab ini adalah duit pertama yang aku dapat dari blog. Asyik tengok rakan-rakan blogger lain update entry cerita pasal jana pendapatan dengan blog takpun buat duit dengan blog, aku pun terasa nak juga. Aku mula berblogging bermula bulan april 2014 hinggalah kini.

Sebelum ni aku mencuba medium buat duit dengan blog dengan Nuffnang. Nampaknya hingga kini, aku masih belum merasa duit nuffnang, walaupun aku dah mencuba untuk cashout sebanyak 2-3 kali. Alasan yang aku terima adalah aku klik iklan sendiri. Hmm, awal dulu memang aku ada buat, tapi bila kita dah kena sekali, dah tentulah kita takkan buat lagi kan? Mungkin tiada rezeki lagi di situ.

Kemudian aku cuba lagi medium kedua, 8Share! Hip hip horayy! Alhamdulilah, ada rezeki dekat situ. Walaupun tak banyak dan mengambil masa yang sangat lama, tapi aku tetap seronok dan gembira. Pada aku mudah je, kalau kita baru nak bermula, jangan kejarkan yang banyak, cuba dapatkan yang paling rendah dulu, bila berjaya, kita cuba pulak untuk dapatkan yang lagi baik. Betul tak?

I'm happy to inform you that your earnings of RM50.00 has been verified.
You will receive your payment of RM50.00 (before deducting RM1.00 bank transaction fee) within 1 - 2 weeks
Have a great day!
Yuna,
8Share Community Relations

Itu cerita pasal buat duit dengan 8Share, sekarang, aku masih mencuba buat duit dengan Adsense pulak. Orang kata ini lubuk buat duit dengan blog, tapi itulah, bila sebut lubuk, ianya membawa maksud, bukan senang nak dapat duit dengan adsense ni. Aha! Yang penting jangan pernah putus asa. Cuba dan terus mencuba sampailah berjaya. Tak gitu? hehehe.

Apa pun , aku memang seronok dapat duit dari 8Share ni. Nak cerita dengan orang kampung, segan pulak, jadinya, cerita dalam blog ceritaejoy jelah. Hehehehe. Pada korang yang nak mencuba buat duit dengan 8share ni, korang boleh klik pautannya disini: 8Share register.

You Might Also Like

11 comments

  1. hehe..sy pun masih belum merasa lagi duit dari nuff ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah 2-3 kali cash out duit nuffnang, tapi semua tak lepas..fraud klik katanya..

      Padam
  2. tahniah.. selalu gak klik iklan nuffnang sendiri kat blog. dh ak tgk iklan tu mcm menarik. tp ak klik sekali tu jela haha. kalau klik iklan yng sama byk kali tu yg terjadinya fraud klik kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, itulah, rasanya macam tu la..bila klik banyak kali, itu yang jadi fraud klik tu..

      Padam
  3. waaa ada hasil dah :D tahniah. salam singgah!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... Nie yang semangat juga nie..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email