Cimb click bermasalah? - Ceritaejoy

Header Ads

Cimb click bermasalah?


Cimb click bermasalah? Aku adalah salah seorang daripada ribuan orang yang menggunakan perkhidmatan cimb. Rasanya ini adalah tahun ke 10 aku menggunakan perkhidmatan perbankan Cimb. Bermacam perkara yang aku dah lalui. Mengenai hal itu, akan aku ceritakan pada edisi yang lain. Dalam edisi kali ini, aku ingin luahkan permasalahan yang aku alami sebelum ini, sekarang dan mungkin pada masa mendatang.

Baik. Adakah benar cimb click bermasalah? Aku kurang pasti, samada aku sahaja yang berhadapan dengan masalah seperti ini atau ada rakan-rakan lain yang turut sama merasakannya. Kerap kali aku mengalami kesukaran untuk log in masuk ke sistem cimb click ni. Kebiasaannya apabila masuk waktu tengahari. Berulang kali aku cuba masuk tapi gagal.


Apakah masalah ini bukan berpunca daripada cimb? Dan ianya berpunca daripada talian internet aku? Rasanya tidak. Sebab apa, aku tidak mengalami masalah untuk log in masuk ke perkhidmatan perbankan yang lain *aku mempunyai beberapa akaun bank dan kerap menggunakan perkhidmatan atas talian ni*. Jadinya aku merasakan cimb click itu yang bermasalah.

Baru sekejap tadi aku cuba nak log in masuk ke cimb click. Dan aku masih lagi mengalami masalah yang sama. Kenapa terlalu susah nak log in ni? Aku tak kisah jika tiada urusan penting, tetapi jika ianya adalah urusan yang perlu disegerakan, ianya benar-benar memberi aku masalah. Dan atas sebab itulah aku merasakan cimb click ini bermasalah.


Atau mungkin terdapat kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan oleh pihak cimb? Kalau benar, wah, lama juga ya kerja penyelenggaraan? Lama sungguh. Mungkin aku hanyalah suara kecil yang menyuarakan masalah ini. Dan mungkin juga aku seorang sahaja yang berhadapan dengan masalah ini. Walau macam mana pun, aku juga berhak untuk menyuarakan masalah yang aku hadapi kan? Persoalan sekarang, adakah cimb click bermasalah?

1 ulasan:

  1. Bukan CIMB click je.. kadang2 Maybank2u pun macam tu juga..
    susah nak login...
    kadang-kadang dapat login tapi loading jer..
    Tapi jaranglah berlaku.. Cuma bila berlaku tu kita lak ada urusan penting memang geram lah juga.. Hehehe..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com