Trend perniagaan masakini. - ceritaejoy

Trend perniagaan masakini.

5:36 PTG


Trend perniagaan masakini. Zaman sekarang ni, apa yang takda dekat pasaran? Rasa aku, hampir semua benda dah dijualkan oleh peniaga. Dan pelbagai variasi yang terhasil daripada produk yang sama. Dan kita sebagai pembeli, sudah pasti memiliki banyak pilihan di dalam mencari produk yang kita ingini.

Baik, yang sebenarnya, bukan itu yang aku nak ceritakan. Ceritaejoy lebih kepada, saingan yang berlaku di dalam usaha menghasilkan produk jualan peniaga. Bila dah terlalu banyak produk yang sama di pasaran, peniaga perlu memikirkan cara lain, bagaimana untuk melariskan barang jualan mereka. Dari sini, kita boleh tengok idea-idea kreatif yang terhasil kepada produk masing-masing.



Aku ambil contoh, tudung. Dah terlalu ramai yang jual tudung. Jadi, untuk bersaing di dalam pasaran, peniaga tudung perlu memikirkan idea kreatif, bagaimana untuk menjadikan tudung mereka unik, sekaligus menarik pelangan untuk membeli.


Jadi tak hairanlah, makin hari, makin banyak produk “kreatif” yang terhasil. Persaingan sihat sememangnya amat menyeronokan! Tetapi bukan itu yang aku nak kongsikan. Ceritaejoy kali ini, lebih focus kepada persaingan tidak sihat. Yang pada aku, menjadi salah satu daripada Trend perniagaan masakini.


Aku bukanlah mahu bercerita kosong. Sebaliknya ianya berlaku di depan mata aku sendiri. Kerap kali juga aku melihat dan mendengar, peniaga-peniaga ini (rakan-rakan aku juga) “menjatuhkan” produk lain demi untuk menjual produk mereka. 


Mungkin ini adalah salah satu Trend perniagaan masakini, tapi pada aku, bila kita cuba menjatuhkan produk orang lain, itu bukanlah saingan yang sihat. Antara ayat yang “biasa” aku dengar adalah:



“Barang-barang aku semua terbaik. Kualiti memang tiptop. Confirm puas hati. Tak payahlah beli produk tu, produk aku ni, sama kualiti macam dekat tv tu. Aku berani guaranteelah. Cantik pun cantik. Beli dengan aku je. Aku bagi special price”

Itu ayat peniaga yang “compare” produk mereka dengan produk yang ada nama. Ada juga kias-kias bahasa, yang compare barang mereka dengan produk rakan-rakan lain. Aku malas la nak kongsikan ayat-ayat yang mereka gunakan, cukuplah kiasan aku tu, dapat di fahami semua.


Pada aku, bila ada usaha menjatuhkan orang lain, ia adalah suatu benda yang negative. Tapi biasalah, orang mesti cakap, biasalah, zaman sekarang kena macam tu, kalau tak, tak boleh hiduplah. Pada aku mudah je, ubah cara kita berfikir dan ayat copywriting kita. Biarpun produk sama, tapi jika ayat yang digunakan betul, pasti pelangan beli produk kita. Yang penting tak perlu nak jatuhkan orang lain.


Lagi 1, pembeli ni suka hadiah. Asal dengar ada “free gift” je, berebut-rebut orang nak beli. Jadi, nak jadi unik daripada orang lain, berilah hadiah kepada pembeli. Macam contoh tudung tu tadi, beli tudung dapat keronsang. Aku pun suka nak beli. Kan? Hehehe.


Yang sebenarnya, produk jualan jatuh no 2. No 1 adalah ilmu perniagaan tu. Belajar dulu ayat copywriting, baru mula meniaga. Tak perlu nak jatuhkan peniaga lain. Bersainglah secara sihat. Baru syok. Kan? 

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email