Rasa tercabar! - ceritaejoy

Rasa tercabar!

9:56 PG


Rasa tercabar! Semalam waktu duduk berbual dengan kawan-kawan, ada seorang rakan buka cerita. Ala cerita pun pasal kawan-kawan lain jugak. Kisah mengenai seorang rakan kami yang baru je beli superbike. Bercerita mengenai motosikal berkuasa tinggi dekat Malaysia ni, dah jadi macam trend pulak. Manakan tidak, kalau dulu, agak susah melihat kenderaan ini di atas jalan raya, tetapi sekarang, di kampung-kampung pun dah boleh dengar bunyi superbike.

Nak kata Superbike Malaysia Murah? Hish, harga boleh tahan juga mahalnya! Orang cakap baik beli kereta. Kena pula harga H2R. Menangis nak beli. Panigale? HP4? Wah! GS1200? Hmm, semua makan tahun punya simpanan baru boleh beli. Tapi cerita pasal kawan kami yang beli superbike ni, bukanlah model-model yang aku sebutkan di atas ya.


Orang cakap, motor yang dia beli ni, Motosikal Berkuasa Tinggi Mampu Milik. Itu orang cakap, tapi tidak pada aku. Yelah, kalau mampu milik, dah pasti setiap rumah ada sebiji. Rumah aku takde pun superbike? Ahahaha. Ok. Aku dari tadi membebel, motor apa yang kawan kami ni beli ni? Ahha!

Dia beli rabbit. Pada yang tahu, tahulah yer, pada yang tak tahu, boleh search superbike rabbit. Hehehe. Bukan model baru, model lama, tapi harganya mencecah 50k! Dan ianya di bayar secara cash! Adoila! Tak cukup simpanan aku nak buat cam gitu. Yelah, kalau nak bayar cash 50k, kenalah ada simpanan 100k. Yer tak? Hish!

Jadi kenapa aku rasa tercabar? Sebabnya, aku kena ada simpanan macam tu, supaya aku pun boleh beli cash macam beliau. Dan antara sebab lain adalah, beliau sama je macam aku. Kerja dekat tempat yang sama. Jadinya, kalau dia boleh, aku pun mestilah boleh kan? Ha! Macam yang aku cakap sebelum ni, perlu ada saingan yang sihat. Tak perlulah menjatuhkan orang lain atau cakap orang itu ini.


Yeah! Kena ada usaha berlipat ganda lepas ni. Rabbit repsol tu! Kena pulak pakai SC. Adoi la. Pagi-pagi panas enjin sebelum pergi kerja. Fuh! Mimpi indah! insyaAllah, semoga Allah permudahkan jalan. Juga melipat gandakan rezeki yang ada. Semoga diperkenankan olehnya. Amin.

You Might Also Like

4 comments

  1. sangat segak bergaya..gagah perkasa lah Zul..hehehe

    BalasPadam
  2. alamak...tertekan adsense.....moga ada nampak perubahan sedikit ye

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email