Phanhin regent R2 prachinburi, thailand - ceritaejoy

Phanhin regent R2 prachinburi, thailand

2:44 PTG


Phanhin regent R2 prachinburi, thailand. Aku ni, suka sebenarnya nak ambil gambar, nak buat review sana sini, sama macam blogger-blogger yang lain. Tapi itulah, skill tu kurang lagi. Tapi takpe, kalau kita tak mulakan, sampai bila-bila pun pasti tak jadi.

Baiklah, aku nak cerita sikit pasal hotel yang aku duduk selama 5 hari ni, sewaktu aku di hantar bekerja ke prachinburi, thailand, minggu lepas. Trip ke tanah thai ni, sebenarnya benda biasa je bagi pekerja dekat sini. Macam balik kampung je. Kalau trip ke jepun tu memang luar biasa. hehehe.



Baiklah. Ini adalah pertama kali aku sampai ke prachinburi. Jadinya banyak yang aku tak tahu. Terutamanya mengenai hotel Phanhin regent R2 prachinburi ni. Benda pertama yang bermain di minda aku adalah, best tak kolam mandi hotel ni. Kemudiannya, apakah tarikan utama yang ada dekat sekeliling hotel ni.


Tetapi! Segalanya musnah. Korang nak tau, hotel ni langsung takda swimming pool. Ha? Terperanjat jugak aku bila aku tanyakan dekat pekerja hotel tu, swimming pool dekat area mana ek? Mudah je dia jawab, takda. Erks.


Yang ada hanyalah susunan bilik. Itu je. Yang lain takda. Tak sama macam hotel-hotel yang pernah aku pergi sebelum ni. Agak mengecewakan di situ. Jadinya, bila takda benda nak cerita pasal Phanhin regent R2 prachinburi ni, aku cerita pasal bilik dia sahaja lah yer.




Ini adalah pandangan bahagian hadapan bilik di Phanhin regent R2 prachinburi. 

+

Dekat luar ada kerusi, bolehlah duduk santai-santai hisap rokok, sambil cecah biskut dengan air teh *sebab partner aku dok buat setiap pagi* Bilik dia sebelah tu je. Hehehe.


Masuk je dalam bilik, ada sofa L. Ok, serius selesa gila sofa ni. Aku siap bantai tidur dekat sofa L tu. Hahaha.


Ini suasana dalam bilik di Phanhin regent r2 prachinburi ni. Aku duduk dekat bilik superior ye. Ada 2 jenis bilik dekat sini. Lagi 1, deluxe.


Dekat sebelah katil, ada meja menulis. Kalau blogger, bolehlah duduk situ update blog korang. hehehe.


Ini pulak bahagian dapur, tak boleh memasak pun, tapi ada ketuhar. Bolehlah nak panaskan makanan. Dekat luar tu ada taman kecil, dan yang bestnya, ada mesin basuh dekat luar tu. Ahha!


Ahha. Ni pandangan bahagian luar. Pokok tu macam hidup segan mati tak mahu. Dekat sebelah kiri tu ada mesin basuh. Lepas tu. kalau nak mengintai bilik sebelah pun boleh, sebab rendah sangat. Ish!


Bahagian bilik air, rasanya sama je dengan kebanyakkan hotel. Aku suka dengan bilik air yang menggunakan cermin yang besar. Ala, biasalah, mesti nak kena posing kan kalau duduk dalam bilik air. Jangan cakap korang tak buat yer.


Pandangan dari bahagian dalam pula. Uish..syoknya..


Ada pintu yang membahagikan ruang di antara bilik mandi. Aku paling tak suka kalau pintu ni bertutup *biasanya pekerja yang membersihkan bilik akan tutup pintu ni*. Korang nampak tak bathtub tu? Hehehehe.


Ahha! Inilah rupa bathtub tu. Hahahaha. Aku pantang kalau jumpa takung air yang macam ni. Nak berendam saja. Wahahaha.


Orait. Kalau korang nak nampak luar, korang bukak la tirai tu. Tapi hati-hati, jangan kena intai sudah. hehehehe.

Ok, inilah serba sedikit pasal bilik dekat Phanhin regent R2 prachinburi, thailand. Macam yang aku ada ceritakan tadi, hotel ni takda swimming pool dan juga tarikan di sekelilingnya. Jadi, kalau korang planing nak berjalan, ini bukanlah hotel yang sesuai. Tapi macam aku, aku datang untuk bekerja, jadinya, mana-mana pun boleh. Ok?

Tapi ini mungkin adalah diantara pilihan yang ada jika korang berkunjung ke prachinburi, thailand. Ada 1 hotel "top" dekat sini, Kantary 304, tapi ada masanya, hotel ni full booked, jadi, nak taknak, kenalah check in dekat Phanhin regent R2 prachinburi ni kan. Jika ianya berlaku, korang bolehlah tengok dekat laman web dia di Phanhin Regent executive.

You Might Also Like

8 comments

  1. Syoknya p jalan2.. Dalam bilik tu penting selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. apa pun, bilik kena selesa. hehehe

      Padam
  2. Bilik dia agak selesa.. dah macam rumah studio....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, bilik memang selesa, tapi itulah, takda apa-apa yang menarik dekat sini. Hmm

      Padam
  3. seronok juga dapat travel tempat luar dari bangkok, teringin nak pergi Pakchong di Nakhon Ratchasima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. memang best. Sy biasa dekat Ayuthaya. Kiranya kalau pergi sana, tau la mana lokasi makan yang best & tempat yang seronok nak lepak. hehehe

      Padam
  4. erm...bahagian dapur dan tempat mesin basuh tu..tu macam tak best...agak kurang privacy jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, memang kurang privacy. rendah je, panjat sikit, dah boleh intai orang sebelah. kena pulak kalau orang sebelah mandi tak tutup tirai tu. erks.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email