Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki. - ceritaejoy

Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki.

2:23 PTG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki. Manusia kan, ada jenis yang memang segala macam pun dia tak puas hati. Pelik! Kalau orang lebih sikit daripada dia, dia sakit hati. Itu memang biasa kita dengar la kan? Tapi ada juga jenis manusia, orang miskin pun dia tak boleh tengok, dia sakit hati. Hitam legam hati manusia macam ni.

Ceritaejoy macam ni, aku beli 1 barang ni. Takdalah mahal mana pun. Beli dengan harga pasar malam, nak beli dengan harga original, memang aku tak mampu. Pakai pun sekadar nak senangkan diri sendiri je. Nak dijadikan cerita, orang sekeliling pun ada perasan pasal benda ni.

Bila dah perasan, mulalah mereka nak tunjuk apa yang mereka ada. Yelah, mereka beli yang original. Harga ratus-ratus.  Tak macam kita, beli dekat pasar malam je. Apa-apa cerita, akan update dekat media sosial sambil postkan gambar barang mereka. Sebelum ni takda pun, kenapa sekarang bukan main beriya lagi nak tunjuk apa yang mereka  ada?


Aku? Biarlah apa mereka nak buat. Aku tau, diri aku belum cukup mampu nak pakai barang macam mereka semua tu. Cukuplah sekadar menyenangkan aku. Walaupun kurang berkemampuan, alhamdulilah, aku punya rumah sendiri (walaupun bukan banglo),kereta(walaupun tidak mewah) motosikal (walaupun bukan superbike) dan keluarga serta anak-anak. Cuma tak mampu nak pakai barang original je.

Tapi itulah manusia kan, selagi mana kita tak jatuh tersungkur, selagi itulah mereka akan sakit hati. Aku pun tak paham dengan manusia jenis macam ni. Pelik! Aku bukan tergolong dalam orang kaya, yang banyak harta, bukan pakai kereta international pun, pakai kereta buatan Malaysia je, nak sakit hati dengan aku buat apa?

Aku bekerja sendirian, wife jadi surirumah sepenuh masa. Tapi alhamdulilah, aku punya semua keperluan. Walaupun tak mewah, tapi alhamdulilah ada. Itu rezeki masing-masing la kan? Aku bersyukur, dalam pada aku kesempitan, pasti ada ruang untuk aku keluar. Nak bersenang-senang pun, sekali setahun. Bukan macam mereka yang kerap bersuka ria.

Cuma satu yang aku nampak, jika aku suka sesuatu tu, dan kalau harganya aku boleh cari, aku akan usaha. Contohnya macam ni, memang benar aku tak mampu nak pakai yang ori macam “rakan-rakan” aku, tapi ada barang-barang “bukan ori” yang aku beli, harganya lebih mahal daripada harga yang ori.

Contohnya barang A, harga orinya RM3XX. Aku pula minat dengan barang B, gred AAA, harganya boleh mencecah RM5XX. Mungkin atas sebab itulah, ada rakan-rakan yang iri hati. Tapi mereka lupa akan sesuatu, aku mengambil masa yang lamaaa untuk dapatkannya. Ianya bukanlah semudah yang disangka. Tapi apa boleh buatkan, orang mana tahu benda tu, dia tengok kita pakai, dia sakit hati.


Biarlah..

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email