Kemana aku menghilang?? - ceritaejoy

Kemana aku menghilang??

4:55 PTG


Fuh! Lama tak berupdate! Blog ceritaejoy dibiarkan sepi tanpa kabar berita. Apa mahunya? Ahha! Merapu pulak aku pepetang macam ni. Orait, kemana aku pergi, kenapa hilang tanpa kabar berita. Semuanya disebabkan oleh kerja last minit. Sungguh aku tak suka kerja-kerja last minit macam ni.

Yelah, kita terpaksa buat semua benda dalam 1 masa. Kan penat jadinya. Hish! Ok, aku baru je sampai ke tanah air semalam. Macam biasalah trip ke tanah thai. Yang sebenarnya, aku sendiri tak tahu yang aku kena pergi sana.

Korang bayangkan, nak pergi hari selasa, hari jumaat baru dapat tahu. Dengan apa pun tak prepare, dengan anak-anak lagi, dan yang paling penting, "Advance" pun tak pasti dapat ke tak. Korang bayangkan, syarikat hantar korang ke luar negara, tapi tak sempat bagi duit.

Dalam kata mudahnya, korang kena pakai duit korang dulu, kemudian baru claim dengan syarikat. Owh la, memang tak mungkinlah kan. Aku memang takkan pakai duit aku sendiri punya. Yelah, kita pergi pun atas urusan syarikat, haruslah syarikat yang bayar kan? Ahha!

Lagi 1, lokasi! Ha, kalau sebelum ni, aku lebih banyak berada di Ayutthaya, tapi kali ni aku di hantar ke prachinburi. Wahh! Aku memang zero pasal tempat ni. Terbayang dalam kepala aku kesusahan yang bakal aku tempuhi.


Apa pun, ini adalah pengalaman paling best buat aku. Yelah, bukan mudah kita nak dapat peluang macam ni kan. Oklah, entry ini hanya nak kasitau, kemana aku pergi dan kenapa aku tak update blog, insyaAllah, jika berkesempatan, aku ceritakan pula pengalaman aku dekat sana ya. Hehehe

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email