Kenali jenis darah ganjil : Darah O Bombay @ Bombay Type Blood. - ceritaejoy

Kenali jenis darah ganjil : Darah O Bombay @ Bombay Type Blood.

9:52 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kenali jenis darah ganjil : Darah O Bombay @ Bombay Type Blood. Semalam, aku terjaga awal dari tidur. Biasanya, aku terjaga jam 0400 atau 0500, tapi semalam, aku terjaga jam 0050! Adoi, terfikir sekejap aku, jam aku salah ke? Dah check dengan semua jam dekat rumah, semuanya betul. Lepas tu aku tidur jam berapa semalam? Hish!

Bila dah terjaga, memang confirmlah susah nak tidur balik. Aku pun layanlah fb kejap. Dalam banyak-banyak status yang dikongsikan, ada 1 status yang betul-betul menarik perhatian aku. Bilamana ada seorang rakan di fb yang meminta bantuan penderma darah. Bila debut derma darah ni, mesti ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. Tapi, kali ini, macam susah sikit bilamana darah yang di cari adalah dari darah jenis O Bombay @ Bombay Type Blood.

Darah apa tu? Aku tak pernah dengar pun? Kenapa mesti Bombay? Yang aku tahu sepanjang hayat aku ni, darah O+ dengan darah O- je. Ini pelik. Betul ke darah O Bombay? Aku baca komen yang ada, memang betul, rakan itu meminta bantuan penderma darah dari jenis yang ini. Yang menjadi masalahnya, ada ke pemilik darah ini di Malaysia?


Disebabkan terlalu banyak persoalan yang timbul, pagi ni aku sambung cari maklumat berkaitan darah jenis O Bombay @ Bombay Type Blood ni. Macam biasalah, bila kita search maklumat yang kita nak, blog daripada Negara Indonesia sering berada di top rank google. Blogger Indonesia sememangnya hebat di dalam SEO.

Ok, dalam bacaan ringkas aku, darah ini pertama kali ditemui di Bombay, India oleh Bhender pada tahun 1952. Jadi atas sebab itulah, ianya di namakan sebagai O Bombay @ Bombay Type Blood. Nisbah pemilik darah ini di seluruh dunia adalah bersamaan 1:250000. Ini bermakna seorang daripada 250,000 memiliki darah jenis ini. Manakala di india, nisbahnya bersamaan 1:7500. Ini bermakna, darah ini banyak ditemukan di india terutamanya di bahagian Maharashtra iaitu bahagian barat India.

Itu kita cerita pasal dunia, macamana pulak dengan Malaysia? Di Negara ini, dikatakan pemilik darah O Bombay @ Bombay Type Blood adalah sebanyak 1%!! Hanya 1 % sahaja?? Jadi, mengikut komen yang aku baca dekat fb semalam, ada seorang rakan fb ini yang komen, dia cakap, hanya ada 2 atau 3 orang sahaja pemilik darah ini di Malaysia itu adalah benar sama sekali? Erks!

Ada juga yang bertanya, adakah darah jenis O+ atau O- boleh menderma? Dari apa yang aku faham, hanya mereka dari golongan darah O Bombay @ Bombay Type Blood sahaja yang boleh menderma. Darah jenis lain tak boleh walaupun dari jenis O. huish! Sungguh mahal darah ni. Ganjil serta berbahaya! Manakan tidak, hanya beberapa orang sahaja yang memiliki darah ini di sini. Lepas tu, simpanan darah jenis ini juga kurang atau langsung tiada di pusat darah Negara.

Hmm, adakah mereka yang memiliki darah jenis O Bombay @ Bombay Type Blood seharusnya berbangga kerana mereka memiliki darah di antara paling “rare” di dunia? Atau mereka perlu sentiasa merasa gusar kerana akan berhadapan dengan masalah yang boleh melibatkan nyawa apabila berhadapan dengan situasi di mana mereka memerlukan darah orang lain?

Dalam situasi ini, aku sendiri tak boleh nak cakap apa. Tetapi kalau kita redha dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita, pasti kita akan sentiasa bersyukur dengan setiap yang berlaku. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi penjelasan kepada semua mengenai kisah darah ganjil : Darah O Bombay @ Bombay Type Blood ini.

You Might Also Like

6 comments

  1. baru tau wujud darah jenis ni. org darah O boleh kan derma dekat org darah O Bombay?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengikut apa yang saya baca, hanya dari jenis darah yang sama sahaja. Darah O pun tak boleh derma dekat darah O bombay.

      Padam
  2. sepanjang belajar pasal darah masa degree pun tak tahu lagi darah jenis ni.
    terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  3. sib baik kita darah O ja.. baruku tahu O Bombay itu darah pelik dan aneh he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha..memang pelik..owh darah o jugak eh..saya o+..hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email