Bolehkah cium anak masa tidur? - ceritaejoy

Bolehkah cium anak masa tidur?

11:22 PG

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Bolehkah cium anak masa tidur?. Aku pernah cerita pasal benda ni dekat blog ceritaejoy sebelum ni. Dan sehingga kini, carian ini menjadi di antara yang paling banyak di blog aku. Aku juga ada terbaca di dalam laman sosial FB yang bercerita akan hal ini. Nampaknya, ianya bukanlah 1 isu remeh. Ramai ibubapa yang mencari jawapan apakah menjadi kesalahan mencium anak sendiri?

Tak perlu kata orang lainlah, aku sendiri pun suka cium anak aku masa mereka tidur. Aku suka lihat wajah mereka ketika mereka tidur. Aku tenang dengan menatap wajah mereka. Tapi, kenapa wujud pula isu jangan cium anak masa tidur?

Dari apa yang kita semua tahu, adalah elok kita bercakap-cakap dengan anak semasa mereka dalam proses nak tidur. Kata orang, kalau kening mereka bergerak-gerak, itu bermakna mereka mendengar apa yang kita cakap. 


Ada juga cara yang mana, kita berdoa dengan bercakap dengan mereka, juga semasa mereka tidur. Tapi, persoalan sekarang, betul ke dengan mencium anak semasa mereka tidur, boleh menyebabkan anak menjadi degil?

Yang sebenarnya, kalau kita cari dekat mana-mana pun, agak susah untuk kita jumpa dengan larangan mencium anak semasa tidur ni. Yang aku tahu, nabi sendiri mengalakkan kita untuk cium anak-anak kita. Kerana dengan itu, kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak menjadi semakin erat!

Jadi macamana boleh timbul isu tak boleh cium anak masa tidur ni? Itu aku kurang pasti. Lagipun kalau nak kata anak degil sebab kita cium dia, memang tiada kepastianlah. Yang confirm ada adalah, cerminan yang ditunjukkan kepada anak-anak oleh ibubapa itu sendiri yang menyebabkan mereka menjadi degil.

Contohnya apa? Contohnya, nabi mengajar kita, jika ingin memukul anak (dengan kesalahan yang betul) pukullah di tapak kaki mereka dan bukannya dengan anggota badan kita. Ini adalah kerana, jika kita memukul anak dengan tangan kita pada anggota tubuh anak, sebagai contohnya tangan anak, ia akan menyebabkan anak menjadi tidak mahu mendengar kata dan akan menyebabkan anak menjadi semakin degil.

Juga isu hubungan ibubapa. Pernah dengar mengenai, jika terdapat konflik di antara ibubapa, jangan perlihatkan kepada anak-anak. Ini adalah kerana, anak-anak akan menjadi stress dan sekaligus menyebabkan mereka menjadi degil.

Oleh yang demikian, isu jangan cium anak masa tidur ni, pada aku, hanyalah diajar oleh orang tua-tua dulu. Ianya mungkin adalah untuk mengelakkan anak menjadi tidak selesa untuk tidur. Itu hanyalah pandangan aku semata-mata. Kerana anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Sayanglah kalau kita tak boleh nak peluk cium mereka. Kan?


Tepuk dada tanya diri sendiri..

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email