Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad. - ceritaejoy

Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.

11:20 PG


Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad. Aku tidak terkilan kerana aku sempat berjumpa dengan arwah ibuku di hospital. Aku dah rancang cuti minggu ni, tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi ibuku. Cuma aku terkilan kerana tidak cium dia sewaktu di hospital tempoh hari dan perkataan "maaf" tersangat mahal untuk keluar dari mulut aku!

 Ikhlas aku katakan, aku sebenarnya, masih merasakan ibuku masih hidup. Walhal, aku bersama adik beradik yang lain membantu mengangkatnya ke atas tempat mandian jenazah. Sejuk tubuh badan ibuku. Sejuk. Aku juga yang mencium dahinya. Perkara yang tidak aku lakukan semasa dia hidup!! Aku juga yang membantu mengangkatnya ke tempat untuk mengkafannya. Aku lihat 1 tubuh kaku. Yang seperti tidur wajahnya. Itulah Ibuku, zainab bte saad.


Aku juga yang membantu mengkuburnya. Aku lihat sekali lagi, tubuh kaku yang sedang aku masukkan ke dalam liang lahad ini adalah tubuh ibuku. 1 tubuh yang terlalu menyayangi anak-anaknya. 1 tubuh yang terlalu istimewa. Yang kini pergi menghadap yang maha esa. Entah berapa banyak dosa-dosa aku kepadanya. Kenapa aku tidak meminta maaf darinya!!!


Sebelum aku pulang semula ke melaka, aku sempat membawa anak-anakku berjumpa dengannya. Riang wajah ibuku. Sempat juga ibuku berpesan agar menjaga anak-anakku dengan baik. Aku tak nampak apa-apa yang pelik pada diri ibuku. Aku sempat juga bersalam dengannya. Tetapi tidak menciumnya!! Kerana aku tak nampak apa-apa yang pelik! Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.


Tapi, tanggal 14 disember 2015, Ibuku pergi menghadap ilahi. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Terlalu banyak keperitan yang beliau alami. Terlalu banyak penghinaan yang beliau perolehi. Kini beliau bersama dengan yang maha esa. Si mulut kotor dan pengfitnah masih kekal di atas dunia. Tetap kekal dengan dosa-dosa mereka.


Aku tahu, ibuku kini bahagia di sana. Aku tahu, Allah adalah sebaik-baiknya perancang. Dalam usia ibuku yang masih muda, di ambil nyawanya. Kerana ada sesuatu yang kami tidak tahu, tetapi Allah maha mengetahui. Aku tahu, ibuku sudah tidak mampu menahan segala keperitan di dunia. Kini, ibuku di sisi Allah. Tiada yang mampu dilakukan oleh si hati hitam, demi untuk menyakiti ibuku. Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.


Mati itu pasti. Setiap yang hidup, pasti mati. Ibuku, aku terlalu menyayangi mu. Benar, aku tidak tahu menunjukkan rasa kasih dan sayangku, tapi aku tahu, dirimu lebih mengenali anakmu. Aku minta maaf di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan. Aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata ini semasa dirimu masih hidup. Tapi sedarlah ibuku, aku terlalu menyayangi mu. Akan ku kirimkan bekal buatmu, untuk kehidupan mu di sana.


Tunggulah kami di kehidupan sana ibuku. Mereka tidak suka kita sekeluarga bahagia di dunia. Mereka benci melihat keluarga kita bergelak ketawa bersama. Mereka terlalu iri hati. Dengan nama Allah, sampai masanya, himpunkan kami bersama-sama di alam sana. Agar kami mampu merasa kembali akan bahagianya kehidupan di dalam keluarga kami.


Amin. Amin. Amin ya rabbal alamin.


Al-fatihah buat ibuku, Zainab Bte Saad.


20 August 1961 - 14 Disember 2015.

You Might Also Like

6 comments

  1. Innalillahiwainnailaihiroojiun.. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Sabar eh.. Allah lebih sayangkan beliau. Al-fatihah. Salam takziah dari ct.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email