Blog Reviews : Syazwani zunidan. - ceritaejoy

Blog Reviews : Syazwani zunidan.

2:02 PTG

! ♥ Syazwani Zunidan ♥ !

Blog Reviews : Syazwani zunidan. Terasa sejuk je bila masuk ke dalam blog ni. Tak kisahlah dekat luar sana jerebu ke panas terik ke, sebabnya, korang akan "dihidangkan" dengan salji yang turun sepanjang masa, sepanjang musim dekat blog ini. hehehehe.

Orait. blog dengan theme warna hijau kuning. Mulanya aku ingatkan, pemilik blog ini dengan nama Nur Syazwani Binti Zunidan, berasal dari utara, rupa-rupanya beliau berasal dari selangor ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Baru berumur 21 tahun. Dan masih belajar. Kalau korang lihat dekat "Whishlist" dia, ada 4 perkara yang dinyatakan:

1) Kerja Tetap 
2) 07hb November - Konvo 
3) Handphone Baru 
4) Dapat duit dari hutang orang 

Aku tak pasti, apakah 4 perkara ini menjadi "wishlist" beliau, sebabnya, pemilik blog ini cuma tick dekat handphone baru. Hmm, mesti jenama yang mahal ni, sebabnya termasuk dalam senarai yang di inginkan. Tapi yang no #4 tu. Hmm, bukan nak kata apa la, orang kalau nak meminjam, ayat-ayat yang keluar dari mulut mereka, mampu membina bangunan tertinggi di dunia dengan mudah. Tapi lepas dapat je apa yang mereka nak, mereka akan jadikan kita sebagai jam loceng. Yang perlu berbunyi setiap masa. Huhu.



Baik. Menelusuri blog diarikuwaniesyazwani, Ahha! Rajin join segmen rupanya pemilik blog ini. Tak hairanlah kawan ramai. hehehe. Entry terbaru, Hiking Lata Medang , Kuala Kubu Bharu. Hmm, sungguh aku teruja melihat gambar air terjun tu. Fuh! mesti sejukkan air dia? Last aku mandi air terjun, tu, dekat chamang, bentong pahang. Waktu tu, aa..aa..aku lupa tarikh dia. Nampak sangat dah lama kan? Hahahaha.

Best kan ada member-member yang punya minat yang sama? Lagi best kalau ada masa untuk buat aktiviti-aktiviti kegemaran kita. Macam aku, ada banyak aktiviti kegemaran, tapi terhapus dek kerana tiada masa terluang. Hmm. baiklah, macam biasa, jom ramai-ramai kita singgah ke blog Syazwani zunidan di http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.my/. Selain daripada menambah kenalan baru, boleh juga pelajari perkara baru. Ye idok? hehehehe.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum .

    Terima kasih sudi review blog wani . Alamak ! Whishlist no 4 tu , haha *lemahnyabadan* . Betul la tu , ibaratkan hanya jam loceng je .

    Apa-ii pun terima kasih . Sangat menghargai (:

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email