Tolong! Minta bantuan pada semua blogger! - ceritaejoy

Tolong! Minta bantuan pada semua blogger!

4:58 PTG


Tolong! Minta bantuan pada semua blogger! Huhu, petang-petang macam ni, serabut kepala aku dibuatnya. Mana tak serabut, macam-macam hal berlaku dalam sekelip mata! Arrghh! Sungguh aku tension!

Tapi fokus aku bukan pada semua masalah tu. Masalah utama aku sekarang adalah anak bongsu aku! Tolong! Tolong!

Ceritaejoy macam ni, dah 2 hari anak aku meragam. Semua tak kena, letak tak nak, makan taknak, nak berdukung je, pastu kerap menangis.


Bila tidur malam, dia akan pusing 1 tilam queen tuh! Pastu dia tidur "merengkuk"! Macam-macam gaya dia buat.

Bukan aku taknak tanya, tapi anak aku baru berumur 6 nak masuk 7 bulan kut! Kalau dia pandai cakap, senang sikit kerja aku.

Dah bawa jumpa doktor. Doktor pun tak tahu nak cakap apa. Wife ada tanya kawan dia yang kerja dekat GH.

Dia kata mungkin anak aku sakit perut! Perut dia mengeras, sebab tu dia meragam!

Arghh! Tolong! Tolong!

Bayi kan, bila sakit, memang takda selera nak makan. Bila tak makan, confirmlah takda tenaga! Bila takda tenaga, memang terbaring jelah, tidur.

Hati siapa yang tak risau kan?

Minggu depan, kalau diizinkan Allah, terbang lagi aku ke negara jiran. Atas urusan kerja.

Kalau keadaannya masih sama seperti sekarang, macamana aku nak pergi? Adoii!

Tolonglah rakan-rakan blogger sekalian. Yang ada pengalaman berhadapan masalah seperti ini. Tolonglah daku yang sedang buntu ini. Hmmm.

You Might Also Like

17 comments

  1. skrg fasa menghampiri full moon, parasit mula menyerang (cacing). sbb tu bnyk simptom2 x sihat.

    lagi satu, anak sentiasa cranky ke? masa g GH tu, dorg ada check darah ke? Anak sy dulu pucat lesi, selalu cranky, rupanya hb rendah dan saspek thalasemia masa tu. Mujur lepas check up demi check up, even parent pun kena buat test utk thalasemia, keputusan negatif. iron je kurang.

    masa tidur, cuba sapu apa2 minyak di belakang badan, perut, kaki. cari apa2 essential oils untuk ketenangan masa tidur.

    anak saya pun tengah cranky dlm minggu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha! Semua tak kena! Pantang sentuh sikit, menangis..Huhuhu

      Padam
    2. cuba tukar tempat tido malam ni. mgkn cuba tdo kat ruang tamu dulu ke. lagi satu, pasang ayat yasin kat fon sampai terlena. biar je berulang2. yasin tau.. bukan ayat ruqyah

      Padam
    3. Ha, tukar tempat tidur kan..Ok2..malam ni cuba..terima kasih ya!

      Padam
  2. ini kena tanye yg ibu2 ni.. cik en bujang lagi.. hihiih

    BalasPadam
  3. Kembung kot...kena sapu minyak kt tpk kaki..betis..ari2 dia..anak saya pun dulu mcmtu jga..xtahu npe..rupa2 kembung..lps sapu minyak n urut dia ok...saya guna vicks je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah sapu minyak dah. tapi still sama..Hmm

      Padam
  4. Semoga segala urusan dipermudahkan.

    BalasPadam
  5. Ejoy baby ada membuang tak??? Kalo perut mengeras cuba urutkan perut baby.. n then 1 lg baby tido lama tak?? Means jerap tido tu.. mcm ank mama jue dulu nak tido buai... kalo perut keras means sakit perut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perut tak keras..lembut..dah tekan2. Pastu dia tidur kejap2 je, kerap terjaga.

      Padam
  6. Cuba check pakar di mahkota medical hospital...mereka ada solution..
    Simptom bayi meragam ni banyak..kdg kdg usus problem...susu badan.

    Atau cuba pg tanya ustaz minta penawar..kdg2 gangguan mahluk halus. Minta air tawar dn sbginya

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, ingat kalau masih sama juga, nak bawa g mmc je. Ada bawa pergi jumpa orang yang pandai tengok budak dekat pulau gadong, katanya takut budak ada nampak apa-apa.

      Padam
  7. meragam selalunya di kaitkan dengan kembung perut ejoy, selalunya kalau kak ana sapu dengan minyak telon mustika ratu pada tapak kaki bayi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah sapu minyak dekat tapak kaki, tapi masih sama juga. hmm

      Padam
  8. Ikut pengalaman sy anak 2, baby tu sakit perut tu.. Perut dia meragam.. Try urut urutan I L U *bole google

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email