• Breaking News

    2 November 2015

    Emosi amarah di pagi hari.


    Emosi amarah di pagi hari. Kalau di tanya pada sesiapa pun, mesti tak suka untuk memulakan hari mereka dengan perasaan marah. Tapi apakan daya, sifat itu sememangnya sifat semulajadi manusia. Manusia mana yang takda sifat marah dalam diri dia? Aku? Aku punya sifat yang teruk di dalam diri aku. Yang dah lama aku kenal pasti. Namun, hingga ke hari ini, masih juga sama, tiada yang berubah.

    Aku terlalu kusut dengan kehidupan aku sekarang. Patutlah orang cakap, hidup seorang tidak sama dengan kehidupan berkeluarga. Terlalu banyak yang perlu aku fikirkan. Semuanya perlu di tanggung sendirian. Entah sampai bila ianya akan berkekalan.


    Aku tak tahu, mahu kemana arahnya kemarahan yang ada di dalam diri aku ni. Aku tak punya masa sendiri. Segalanya perlu dilakukan secara "berkeluarga". Apa sahaja. Bila kita kata, kita perlu sedikit masa, mereka juga mahukan perkara yang sama. Kata mereka, mereka juga sibuk dengan tugasan yang ada. Kesudahannya, masing-masing memendam perasaan, yang akhirnya pasti memakan diri.

    Aku rasa, inilah punca kenapa ramai orang lebih selesa hidup sendirian. Mereka mungkin punya alasan mereka yang tersendiri, tetapi rasanya lebih kepada perkara ini. Aku tak salahkan takdir, cuma aku mahu belajar mengubah apa yang orang cakap tak boleh ubah. Sampai bila? Nak tunggu tua baru nak buat? Dah terlambat. Sebabnya, tak ramai yang mampu capai usia tua sekarang ni. Hidup sudah semakin singkat. Jadi, hargai masa yang ada.

    7 ulasan:

    1. Salam pagi...
      banyakkan bersabar...
      Bukan mudah kita nak jaga hati kita sendiri...
      Hanya mampu pendam dan berkata sendiri :)

      BalasPadam
    2. Orang muda kot yang suka marah - marah waktu pagi ni, otai rilex jer sekarang hehehe

      BalasPadam
      Balasan
      1. Ha..betulah tu..saya pun muda lagi. hehehehehe

        Padam
    3. Betul la tu, bangun pagi kena ceria dan berfikiran positif then baru la keceriaan tu datang...cer try

      BalasPadam
    4. tak elok marah pagi2 kan, kena byk bersabar pagi2 ni

      BalasPadam
    5. Bonde pon selalu menghabiskan masa bersama keluarga...
      keluarga kecik je pon he he he...

      bila ada depan mata kadang2 memang suasana tu ada masa ceria, ada masa tegang... tapi bila bersendirian terasa sunyi...

      BalasPadam

    Popular Post

    Blogger Malaysia