Blog reviews : Mommy's Diary. ~ Ceritaejoy Blog reviews : Mommy's Diary. - Ceritaejoy

Blog reviews : Mommy's Diary.

5:11 PTG

Mommy's Diary of Life

Blog reviews : Mommy's Diary. Ok. Aku cuba untuk buat 3 blog review 1 hari. Ini memandangkan masa aku yang tidak menentu. Takut kalau lama sangat, orang pun boleh jadi marah, kan? Risau pula jadinya. Oklah, untuk blog yang ketiga, adalah blog mommy's diary atau lebih tepatnya http://www.shehanzstudio.com/.

Hmm, suka aku tengok banner blog ni. Nampak "keakraban" di dalam hubungan kekeluargaan. Blog dengan tema warna kuning ini banyak berkongsikan cerita kehidupan pemiliknya, juga mengenai kesihatan, makanan, kecantikan dan parenting. Biasa juga aku lihat template ini. Kemas dan tersusun. Cantik!


Apa yang menariknya adalah, ayat ini "otai minat hello kitty". Ha! Maksudnya apa ya? Mungkin pemilik blog ini nak beritahu, beliau adalah peminat kipas susah mati hello kitty. Kan? Hahahaha. Comel kan kartun tu. Memang la ramai yang suka. Kan?

Jom menelusuri blog mommy. Hmm, YB Shehan? Erks, yang berhormat ke? Erks. Takut aku bila aku lihat 2 huruf ni. Yelah, bila kita sebut YB je, dah tentulah ianya membawa maksud wakil rakyat kan? Mungkin mommy boleh beri aku sedikit penerangan mengenai hal ini. Hehehehe.

Orait, dalam ruangan popular post, banyak berkongsikan mengenai kesihatan anak-anak. Wah! bagus untuk aku ni. Antaranya adalah, ulser pada mulut bayi, angin pasang pada anak-anak, pemakanan anak-anak pada usia 1 hingga 6 tahun dan macam-macam lagi. Nampaknya, tak rugilah kalau kita datang ke blog ini. :)

Ish, bila aku selak dan baca entry yang dikongsikan dekat blog http://www.shehanzstudio.com/, makin banyak yang ingin aku baca. Sungguh banyak ilmu yang dikongsikan oleh mommy. Macam yang aku cakap, tak rugi kalau korang datang ke blog ini. Pasti banyak ilmu yang korang boleh dapat. Jom kita ramai-ramai pakat singgah ke blog mommy ya! Jom2!

You Might Also Like

1 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Travel Bloggers

Blogger Malaysia

Bloglist ceritaejoy