Blog reviews : Masitah samsudin. - ceritaejoy

Blog reviews : Masitah samsudin.

6:30 PTG



Blog reviews : Masitah samsudin. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baiklah, ini adalah peserta ke 12 yang menyertai segmen blog reviews yang aku anjurkan. Ini juga bermakna, aku dah review 12 blog! Ianya mungkin satu jumlah yang kecil pada sesetengah blogger yang lain, tetapi jumlah yang besar kepada aku. Kerana apa? Kerana aku masih lagi blogger picisan yang belum benar-benar di kenali. Tapi itu bukanlah penghalang untuk aku terus menulis dan buat segmen seperti ini kan? Hehehe.

Baiklah. Blog http://iammasitahsamsudin.blogspot.my/. Siapa Masitah samsudin ni? Jom kita kenali dengan lebih lanjut mengenai beliau. Orait, bila korang masuk je ke dalam blog ini, korang pasti akan terbaca ayat ini : Daripada pembaca menjadi penulis. Ahha! Ini bermakna, beliau dahulunya pasti seorang yang suka baca tulisan rakan-rakan blogger yang lain. Dan daripada situ, wujudlah 1 perasaan baru, yang mana beliau juga menginginkan 1 ruangan untuk menulis. Sama macam aku..hehehe.



 Menggunakan template "standard" daripada blogspot. Susunan di dalam blog ini juga boleh dikatakan kemas dengan berlatarbelakangkan air kopi? Ye ke air kopi tu? Aku main tembak je. Hehe. Orait, seorang yang suka mengembara rasanya pemilik blog ini dan ulps, pencinta novel? Hehehe, standardlah kan orang perempuan.

Ha, ada review pasal polis evo. Ok lah, macam ni, aku tengok movie ni sekali je, tapi wife aku tengok citer ni berkali-kali! Tak tahu kenapa, katanya lawak! Yeker? Aku rasa biasa je. Itu aku lah. Mungkin sebab wife aku suka tengok zizan, jadinya, apa sahaja filem atau cerita yang melibatkan zizan, mesti dia suka. Aku? Melayankan ajelah wife aku tu. hish.

Oklah, sebenarnya, aku tercari-cari juga, pemilik blog ni berasal dari mana. Sebabnya aku ada terbaca beberapa ayat beliau yang menggunakan bahasa utara. Tapi itu aku tak pastilah. Apa pun, aku dah jadi friend dengan Masitah samsudin. Jadinya, aku nak ler jugak ajak korang ke blog beliau di http://iammasitahsamsudin.blogspot.my/. Jangan risau, beliau tak sombong orangnya. Selain daripada boleh berkenalan dengan rakan blogger yang baru, boleh juga kita bertukar pendapat. Kan? Jom-jom.

You Might Also Like

2 comments

  1. Oh... terima kasih banyak2...
    Saya suka sangat dengan review ni... dari mula sampai habis baca asyik tersenyum dan ketawa sorang-sorang...
    Ya, saya berasal dari Utara. Perak, Kedah, Penang dan sekarang kembali menetap di Kedah.
    Jemput ke blog saya yea semua....salam perkenalan :)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email