Blog reviews : Journey of My Life. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Blog reviews : Journey of My Life.



Blog reviews : Journey of My Life. Baiklah, tinggal lagi 4 blog sahaja lagi untuk aku siapkan review. Mungkin harini dan esok siaplah tu kan? Sekali lagi aku nak minta maaf kalau ada di kalangan kalian yang kurang senang dengan review aku ni. Aku pun manusia juga, ada masanya buat salah. Ya.

Baiklah, pagi ini, kita sambung pula dengan blog mykamila dari blog http://mykamila.blogspot.sg/. Yang sebenarnya aku masih kurang faham lagi dengan huruf-huruf belakang pada URL. Macam ni, "sg", jadinya dari singapura ke? Uiii, kalau betulla, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy ya. Perasan! Hahaha.


Uish, masuk je dalam blog ni, terus terbaca Doa pergi bekerja. Seikhlasnya, tak pernah pun aku baca doa ini selama hampir 10 tahun aku bekerja! Uish! Baiklah, mohon kebenaran dari tuan blog untuk kongsikan doa itu di blog ceritaejoy ya!

Doa Sebelum Pergi Bekerja


Ok, jadinya, semua dah tahu kan? Lepas ni, sebelum bergerak ke tempat kerja, bolehlah amalkan doa ini ya. InsyaAllah, terhindar daripada segala perkara yang tidak diingini. InsyaAllah.

Baiklah, menggunakan template yang simple pada aku, dengan susunan yang kemas. Banyak juga bermain dengan warna hijau. Ha, banyak bercerita mengenai kursus nikah. Wah, bakal ke jinjang pelamin ke ni? Hehehe. tahniah!

Teringat kisah aku dengan wife dulu. Yelah, majlis perkahwinan ni bukan kecil. Macam-macam kena buat. Itulah, inilah. Penat! Tapikan, ada benarnya juga kata-kata ustaz, perkahwinan ini sebenarnya mudah kalau ianya mengikut cara islam yang betul. Kan?

Ha! Aku suka baca cerita pasal canada tu. Hmm, ingatkan dulu, dapatlah peluang ke sana, tapi hmm, negara jauh-jauh ni, biasalah, bos-bos je yang pergi. InsyaAllah, ada rezeki mewah, sampailah kita ke sana kan? Buat masa sekarang, ikut business trip syarikat jelah. Wehehe. Baiklah! Jom semua! Kita serang blog mykamila di http://mykamila.blogspot.sg/. Selain daripada boleh tambah rakan baru, boleh juga berkongsi-kongsi pendapat. Ayuh semua!
loading...

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah...
    memulakan sesuatu dengan berdoa...
    ilmu pagi nie :)

    BalasPadam
  2. bila nak review KisahPondokKecil....hehehe...gurau je....

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com