Blog reviews : Hani Fadhlina Abdul Rahman. - ceritaejoy

Blog reviews : Hani Fadhlina Abdul Rahman.

9:16 PG

Kisah Hidup Ku ...

Blog reviews : Hani Fadhlina Abdul Rahman. Baiklah, aku nak teruskan lagi segmen blog review aku. Blog kali ini adalah blog Kisah hidupku. Ahha, tengok pada nama blog, dah tentu banyak cerita yang di kongsikan di dalam blog ini adalah mengenai kisah hidup pemilik blog. Tapi nanti dulu, haruslah kita teliti betul-betul apa yang ada di dalam blog ini, ye tak?

Baiklah, banyak bermain dengan warna hijau. Bagi aku, blog yang agak simple. Tidak seperti banyak blog wanita yang lain, yang sedikit sarat. Apa yang menarik pada mata aku adalah, apabila kita masuk sahaja ke dalam blog kisah hidupku ini, kita akan terbaca "doa" pada bahagian banner nya. Hmm, doa mengenai seorang ibu dan janjinya kepada yang maha pencipta.



Salah seorang daripada GMBM. Ahha, ramai juga dalam kalangan blogger yang aku kenal datang dari group ini ya! Hebat juga group ini. hehehehe. Tapi hanya untuk mama-mama sahaja ya. Yang lelaki boleh ke kalau nak join? Hahahaha. Hmm, tak banyak yang boleh aku kongsikan mengenai blog ini, kerana ianya sedikit simple berbanding blog-blog yang lain.

Ok. Aku terbaca 1 hebahan. Sebenarnya, ada juga aku dengar dari mulut kawan-kawan aku. Ala, mengenai jualan murah yang dilakukan 7 eleven. Tapi aku tak berkesempatan pun nak pergi beli. Hahahaha. Tapi adik ipar aku, fuh! Layak bawak van la pergi sana. Hish! Oklah, macam biasa, jom kita ramai-ramai ke blog Hani Fadhlina Abdul Rahman di http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/. Orait? hehehe.

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih Tuan ... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmatiNya ... Akak cite jer ape Akak nak cite ... Apa Akak buat ngan anak2 & keluarga ... Tapi takleh detail sangat, bahaya dengan dunia langit terbuka nih ... Apa2 pun terima kasih ... Jemput join contest kat Jom Bercontest ... Erkkk ... GMBM memang esklusif untuk mama2 jer ...

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email