Blog reviews : Ekjozbuluh. - ceritaejoy

Blog reviews : Ekjozbuluh.

8:43 PG



Blog reviews : Ekjozbuluh. Hehehe, bila aku sampai je kat blog ni, aku teringatkan filem p ramlee. Lupa filem mana, tapi ingat babak filem tu. Lebih kurang macam ni la ayat dia, "owh, taknak bagi bunyi pon bolehhh" hahahahha. Hebat sungguh filem-filem yang dihasilkan bintang lagenda kita, hingga ke hari ini ianya masih di tonton. Hebat!

Ok. Dengan tagline "merempit tiada bunyi", blog ini berkisarkan mengenai kehidupan penulis nya dan juga berkisarkan anak-anaknya. Kalau tengok dengan header blog, aku kurang pasti samada ianya sememangnya begitu atau blog under construction. Secara keseluruhannya, blog ini cantik dan kemas. Tak pening kepala kita kalau masuk dalam blog ni. :)



Aku mulanya kurang pasti dengan cerita-cerita yang dikongsikan penulis di blog ekzosbuluh. Ceritanya banyak mengenai anaknya yang kerap di masukkan ke hospital. Itu buatkan aku tertanya-tanya, apakah kisah disebaliknya. Selepas aku baca 2-3 entry yang dikongsikan, baru aku tahu, adik Izzsyraq Azraq menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (Sindrom Usus Pendek) Survivor.

Aku sebenarnya kurang pasti penyakit apakah itu. Jadinya aku kena tanya pakcik google dulu. Ok, aku dah baca entry khas mengenai hal ini, Dan aku tak mampu nak kongsikan dekat sini. Sebabnya, Allahurabbi. Aku tak mampu nak cerita. Jadinya, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai hal ini, korang boleh sambung baca di : Kisah adik Izz. :"(

Aku minta maaf. Aku takleh nak cerita banyak lagi pasal blog ekjozbuluh ni. Aku doakan kamu di kurniakan semangat yang kuat dan semoga Allah memberi keajaiban untuk adik izz. InsyaAllah. Amin. Amin. Amin. Untuk korang semua, jom kita ke blog ekzosbuluh di http://www.ekjozbuluh.com/ dan mari juga kita beramai-ramai mendoakan adik izz semoga cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain. InsyaAllah.

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana sudi review blog tidak semenggah ini. Iya, masih under construction! Kurang ada masa hendak betulkannya. Apapun, aamiin kerana mendoakan anak saya. Sekali lagi thanx ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Sama-sama..Semoga Adik Izz cepat sembuh ya! Amin.

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email