Baguette Paling Panjang Di Dunia. - ceritaejoy

Baguette Paling Panjang Di Dunia.

5:18 PTG


Baguette Paling Panjang Di Dunia (world's longest baguette). Guinness World Records telah mengesahkan baguette sepanjang 122 meter adalah yang paling panjang di dunia dalam 1 acara di Milan Expo 2015 World's Fair. Kira-kira seramai 60 pembuat roti Perancis dan Itali bekerja hampir tujuh jam sehari untuk menghasilkan baguette ini. Ianya dikatakan mempunyai ciri-ciri lembut di tengah dan berkerak di luarnya.



Cabaran yang paling besar di tempuh oleh kesemua daripada mereka yang terlibat adalah untuk memastikan tiada sebarang kerosakan pada baguette ini selain berhadapan dengan masalah suhu. Pembuat Nutella dari itali menyokong perusahaan untuk mengalahkan rekod yang dipegang oleh rangkaian pasar raya Perancis iaitu baguette sepanjang 111 meter (364 kaki) .



Apa yang paling menyeronokan adalah, selesai sahaja diumumkan sebagai baguette terpanjang di dunia, ianya di potong dan di sapu dengan nutella dan kemudiannya dikongsikan dengan beratus-ratus pengunjung yang melihat upacara paling bersejarah itu. Ia adalah rekod dunia keempat direkodkan sepanjang 6 bulan expo tersebut berlangsung dan salah satu daripadanya adalah pizza sepanjang 1,5954 kilometer!

You Might Also Like

4 comments

  1. habes ke tak tuh..hehe..nampak sedap bila sapu nutella kat situh..hehe..

    BalasPadam
  2. Wow bestnya. Acara makan-makan macam ni memang popular. Selain untuk tarikan pelancong, juga boleh menaikkan imej produk supaya tersenarai dalam Guiness World Book of Record.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi best kalau dapat makan free. hehehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email