Wallet Tertinggal! - ceritaejoy

Wallet Tertinggal!

10:52 PG


Wallet Tertinggal!. Harini bangun pagi untuk ke tempat kerja sama seperti biasa. Pergerakan hari ini juga berada di dalam keadaan biasa dan tidak terlalu tergesa-gesa. Jadinya, langsung tiada kesukaran di dalam perjalanan kehidupan aku bagi permulaan hari ini.

Tetapi! Sewaktu berhenti menunggu lampu hijau traffic light. Aku raba-raba kocek seluar aku. Kenapa rasa macam kosong je. Raba kocek simpan ID, ok ada. Simpan kocek simpan handphone, ok ada. Raba kocek simpan wallet. ok kosong. Raba sekali lagi. Ha!! Kosong??!! Arghhh!

Nak patah balik memang dah tak sempat. Disebabkan kelajuan maksima superbike ceritaejoy cumalah 80km sejam! Jadinya, kalau aku patah balik, confirm aku masuk kerja lewat. Kalau masuk kerja lewat, banyak perkara yang perlu di fikirkan. Hish! Macam Mana la boleh tertinggal ni. Biasanya aku check dulu semua benda penting ni.


Nak tak nak aku teruskan juga perjalanan aku. Bab duit tak kisah lagi *kisah juga sebabnya takda duit nak sarapan pagi* tapi bab kad pengenalan dengan lesen motor. Uii, takut juga jadi apa-apa atas jalan, kita bukan tahu pun. Kalaulah nak jadi, dengan semua benda tu takda. Hish! Betul aku risau ni. Terkontang kanting aku di buatnya nanti. Adoii.

Sekarang dekat aku, yang ada cuma handphone dengan ID card. Lain semua takda. Aku sedang memikirkan, macam mana aku nak balik nanti. Minyak motor dah sampai lantai. Jauh jarak dari tempat kerja ke rumah. Bukan tak nak suruh wife datang hantar. Tapi memikirkan dia kena bawak anak kecil. Kang ganggu masa anak-anak bermain dengan tidur.

Hmm. Tawakal jelah balik kerja nanti. Minyak habis, sorong motor sampai shell. Call kawan-kawan minta tolong. Tapi harapnya, biarlah sampai rumah dulu. Kepada semua cikgu-cikgu *abang polis* hari ni saya tertinggal wallet. Jadinya lesen dan kad pengenalan memang takda. Harap Nya maafkanlah saya. Ya! Semoga perjalanan pulang nanti, di jauhkan dari segala perkara yang tidak di ingini. Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email