Tutorial cara check pagerank blogspot anda - ceritaejoy

Tutorial cara check pagerank blogspot anda

11:22 PG


Tutorial cara check pagerank blogspot anda. Aku semalam, sewaktu berbual-bual dengan rakan blogger Malaysia, Wayne Harraz, mengenai Cara Buat Duit Dengan Google Adsense, beliau kongsikan, selain daripada trafik yang tinggi pada blog, blog dengan PR1 juga memainkan peranan yang penting di dalam proses penghasilan Pendapatan Online Tanpa Modal ini.

Persoalannya sekarang, apa itu PR1? Kalau PRU aku tahulah, itupun tak pernah lagi mengundi. Ha, sungguh! Aku tak pernah lagi mengundi, dalam erti kata lainnya, tak daftar pun. Ish, lupakanlah tentang tu, kita focus balik pada PR1 tu, rupa-rupanya, PR1 tu bermaksud, Pagerank 1. Adoi. Pagerank blog memainkan peranan yang tersendiri kepada sesebuah blog tu.


Pagerank blog 1 ni bermaksud, blog kita adalah blog yang terbaik. Sementara pagerank 2 dan seterusnya adalah menunjukan tahap semasa blog kita. Konsepnya sama macam pertandinganlah. Sudah tentu yang berada di no 1 adalah yang terbaik, kemudian no 2, dan seterusnya.

Baik. Apakah pagerank bagi blog ceritaejoy? Tada!! N/A ataupun not available! Hahahaha. Nampak di situ yang blog ini masih kecil dan masih lagi tercari-cari identitinya.

Apakah penyebab Pagerank blog N/A?


Antara penyebab blog anda not available dan tidak mempunyai rank adalah disebabkan oleh:

1) laman web yang baru, dan ia tidak lagi diindeks oleh Google,
2) Blog anda telah diindeks oleh Google, tetapi masih belum mempunyai kedudukan,
3) Blog anda telah lama diindeks oleh Google, tetapi ia diiktiraf sebagai tambahan (Keputusan Tambahan) halaman,
4) Blog anda atau keseluruhan laman web adalah diharamkan oleh Google.

Orait. Ini adalah pagerank blog ceritaejoy, macamana pula dengan pagerank blog korang? Korang boleh check pagerank blog korang di Pagerank checker. Jika blog korang berada pada tahap yang bagus, ini bermakna, blog yang korang bina sememangnya berkualiti. tetapi jangan pula mudah putus asa jika blog korang juga N/A seperti aku. Kita perlu sama-sama berusaha untuk memantapkan lagi blog kita. Ya! Semoga membantu.

You Might Also Like

2 comments

  1. bukan ke kalau pagerank 10/10 tuh yg terbaik..hmm..tak pasti la..huhu

    BalasPadam
  2. huhu..masih belum wujud lagi....next

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email