Terfikir Atau Terniat? - ceritaejoy

Terfikir Atau Terniat?

12:57 PTG


Terfikir Atau Terniat?. Aku terasa nak bercerita mengenai perkara ini atas alasan, aku keliru dengan makna kepada kedua-dua ayat ini. Terniat dalam erti kata lainnya adalah bernazar. Bernazar Adalah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

Baik. Kenapa aku terfikir nak bercerita mengenai hal ini? Aku memperolehi sejumlah wang yang sedikit besarnya daripada jumlah biasa yang aku perolehi setiap bulan. Dalam kata mudahnya, rezeki terpijak orang kata. Terdetik di dalam hati aku, terdetik ya, bermakna aku tidak meluahkan melalui tutur kata, sebaliknya terdetik di dalam hati aku, untuk berikan sedikit hasil itu kepada badan-badan tertentu.


Yang menjadi persoalan kepada aku sekarang adalah, adakah itu salah satu daripada hukum nazar? Adakah terfikir itu di kategorikan sebagai bernazar? Sebabnya, kalau mengikut ayat di bawah ini: 

Nazar hanya sah apabila ia diucapkan dengan lisan. Hal ini menjadi kaedah am dalam hukum dan amalan. Sebagaimana hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا مَا لم تعْمل بِهِ أَو تَتَكَلَّم


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengampuni umatku apa yang dibisikkan dalam hati selama mana ia tidak dilaksanakan atau diucapkan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kalau mengikut ayat di atas, ini bermakna, aku tidaklah bernazar. Betul bukan? Atau ada hadis lain yang mengatakan aku di dalam kategori bernazar?

Yang menjadi masalah bagi aku sekarang adalah, wife aku katakan, aku dalam kategori bernazar. Ianya atas alasan, beberapa perkara yang tidak di ingini/kesukaran berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini.

Bila perkara ini berlaku, perkara pertama yang disoalkan wife aku adalah, adakah aku ada memasang niat untuk sesuatu dan ianya masih belum dilaksanakan? Jawab aku, ya! Memang ada. Tetapi ianya hanya di dalam diri tidak melalui pertuturan.

Yang sebenarnya, memang benar, tidak ada salahnya kita mengeluarkan harta/wang kita kepada perkara yang baik. Islam juga mengalakkan kita bersedekah, dalam cara tidak berbangga-bangga dengan pemberian kita itu. Itu aku tahu. Cumanya, yang menjadi persoalan kepada aku sekarang, adakah terfikir itu dikategorikan sebagai terniat nazar?

You Might Also Like

2 comments

  1. kalau memang berfikir dan berniat nazar memang kena tunaikan nazar tu tapi masalahnya terfikir tu...

    tanyalah orang yang lebih mengetahui.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email