Sultan johor beli optimus prime - ceritaejoy

Sultan johor beli optimus prime

3:33 PTG


Sultan johor beli optimus prime. Pagi tadi, ramai rakan sekerja yang memperkatakan perihal optimus prime dah ada kat malaysia. Aku tahu, itu salah satu watak dalam filem transformers, tapi aku tak tahu pula siapa yang membawanya. Serius, waktu itu, apa yang bermain di fikiran aku adalah, pasti orang itu seorang yang berduit. Yelah, dah pasti bukan murah.

Dalam pada ramai yang berborak itu, aku terdengar nama sultan johor. Ahha! Bila sebut pasal sultan johor, memang tak asinglah bila di dengar. Umum mengetahui sultan johor adalah peminat kereta dan kenderaan. Sultan johor memiliki koleksi kereta daripada dalam dan luar negara. Antara koleksi yang menarik perhatian aku adalah, kereta satria neo. Itu adalah antara perkara yang paling menarik. Menarik sebab apa? Kerana ia adalah kereta buatan malaysia. Dan sememangnya sultan johor memiliki jiwa rakyat. Yelah, bukan nak kata apa la kan, orang-orang kaya, bila dah banyak duit, mana nak pandang kereta buatan malaysia. Tetapi tidak pada sultan johor.



Orait! Berbalik semula kepada cerita optimus prime tadi. Sultan Johor, Sultan Ibrahim, telah membeli sebuah trak mirip Optimus Prime, watak utama siri Transformers, yang menjadi kegilaan seluruh dunia. Trak Mack Super-Liner itu dilaporkan dipertunjukkan dalam persembahan Brisbane Truck Show di Australia baru-baru ini. Warna asal trak ini adalah putih, tetapi, ianya telah di ubah menjadi merah, biru dan putih. Ianya dikatakan warna rasmi negeri johor.

Trak dengan kelajuan 685 kuasa kuda dilaporkan menggunakan kulit yang diimport daripada Afrika Selatan dan dijahit menggunakan benang emas pada seluruh bahagian kerusinya. Menarik bukan? Manakala, proses untuk menyiapkan trak ini mengambil masa selama 3 bulan dan melibatkan pekerja seramai 30 orang. Trak ini dilengkapi dengan set dapur kecil, dua set televisyen, dua iPad, Xbox dan termasuk juga dengan permainan Playstation 4.

Aku sangat pasti, selepas ramai yang melihat trak ini, pasti mempunyai keinginan untuk memilikinya. Jangan takut untuk berimpian, kerana impian dengan usaha adalah suatu perkara yang tidak mustahil. Jangan hanya menyalahkan takdir jika sekadar memohon doa. Orait. Jom layan gambar-gambar optimus prime ni.








You Might Also Like

7 comments

  1. wah mewahnya, best kan ada duit banyak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. orait. Sekarang cuba rangsang minda anda, macamana nak ada duit banyak. hehehe. Boleh cari idea tu dekat blog ni : http://powersofman.blogspot.my/

      Padam
  2. ade tgk kat facebook aritu..huhu..cantek giler

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. kalau bosan, leh layan game dulu. Hehehhe

      Padam
  4. sultan kaya mampulah beli.aku mampu tengok je..terbaiklaa sultan johor.daulat tuanku

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email