Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!! - ceritaejoy

Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!!

4:42 PTG


Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!!. Untuk kedua kalinya, cashout aku tidak berjaya bersama nuffnang. Dan untuk kedua kalinya, aku dituduh melakukan aktiviti tidak sah. Dan atas alasan yang demikian, segala wang terkumpul dibatalkan. Aku tak cakap Nuffnang Penipu, tapi apabila 2 kali aku berhadapan dengan perkara yang sama, aku mula sangsi.

Fraud click! Apa Itu Fraud Click? Ia merupakan penipuan klik dengan menekan iklan berulang kali demi menjana pendapatan untuk pemilik blog. Persoalannya, aku sendiri tak pernah klik iklan yang keluar dekat blog aku, apatah lagi dengan alasan berulang kali! Pada awal dulu, sewaktu aku memasang iklan nuffnang di blog, memang ya, aku klik iklan yang ada pada blog aku. Tujuannya supaya "earning" aku cepat naik.

Tetapi akhirnya, apabila aku cuba untuk cashout, pendapatan dari hasil online itu di tolak. Dan alasannya adalah Fraud Click. Itu sewaktu awal dulu. Dan belajar atas kesilapan itu, aku belajar mengenainya. Tetapi akhirnya, aku menerima alasan yang sama! Kalau korang, korang dah pernah kena, adakah korang akan melakukan perkara yang sama? Dah terang-terang korang takkan buat lagi kan?


Aku sengaja tak mahu tunggu jumlah duit nuffnang ni besar. Sebabnya, aku takut benda macam ni jadi. Dan inilah hasilnya, Ditolak dengan alasan Fraud Click. Juga dengan alasan, meminta rakan-rakan blogger klik iklan yang ada di blog ceritaejoy. Seingat aku, aku tak pernah minta sapa-sapa yang datang ke blog ini untuk klik semua iklan yang ada. Itu paksaan namanya, kan?

Bayangkan, jika jumlah yang ada adalah RM50. Adakah klik korang yang menjadikan jumlah sedemikian? Kalaupun korang klik 1 kali pada iklan, jumlah itu akan di batalkan oleh nuffnang! Beruntunglah nuffnang! Sungguh Untung! Sekarang, aku sedang memikirkan tentang hal ini, adakah terus membiarkan atau melihat untuk kali ketiga. Kata orang, 3 kali perkara yang sama, ianya sememangnya benar. Aku tak cakap nuffnang penipu, cuma aku sangsi.

You Might Also Like

8 comments

  1. yeke ? adoii takut pula nak cashoutt waduh waduh jangan lah jd perkara yg sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'a..rasa macam kecewa je..dah 2 kali kena..hmm

      Padam
  2. fuh..nanyalah kalau earning byk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, cukup je rm50, saya mesti cashout. hmmm

      Padam
  3. sayangnyaaa...pernah jugak kes member mcm ni..nasib baik masih angka minimum. tp kn ..pun hasil peluh berblogging kita

    BalasPadam
  4. eh jangalah jadi macam ni .. tak pernah cash out lagi ni huu..rasa nya sekarang ni nuffnang tengah masalah jer .. pergi kat web dia x leh masuk

    BalasPadam
  5. Saya pun dah cash out tapi dari Rm500 lebih saya just dibayar RM60 je.. Alasan sebab fraud clicks.. Sedih betul.. Iklan apa yang bagus yer untuk letak kat blog? Ingat nak tukar nuffnang dengan iklan lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye..kamu boleh cuba buat duit dengan 8Share..bayaran yang diberi untuk 1 klik juga besar..boleh baca dan register dekat sini : http://ceritaejoy.blogspot.my/2016/02/mudahnya-buat-duit-dengan-8share.html

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email