Naluri Hati Seorang Ibu. - ceritaejoy

Naluri Hati Seorang Ibu.

9:01 PG


Naluri Hati Seorang Ibu. Ceritaejoy yang ini adalah kesinambungan dari cerita yang sebelum ini. Jadinya, untuk memahami cerita yang ini, haruslah membaca cerita sebelumnya. Dah macam kisah filem pula kan. Kalau kita tengok filem hobbit 3, confirm kita tak tahu jalan ceritanya. Jadinya, kena tengok filem hobbit yang pertama, barulah anda akan faham cerita penuhnya. Kenapa Hobbit? Sebabnya aku suka cerita ni. hehehe. Ulps, sebelum terlupa, untuk baca kisah sebelum ni, boleh baca di : Erti kerisauan pada seorang ibu.

Orait. Disebabkan pening tengok mak mertua aku ke hulur ke hilir. Aku suruh juga wife aku tanya pada mak dia. Kenapa macam tak tentu arah je. Mulanya memang berkeras taknak kasitau. Lama kelamaan, terbuka juga mulut mak mertua aku ni. Katanya, dia tak sedap hati. Yelah, kebiasaannya, waktu macam tu, anak lelaki dia dah balik kerja dah. Dan apa yang paling penting, setiap dari perilakunya, di beritahu secara lisan dan phone call pada mak mertua aku ni.

Bila aku dengan wife dengar, lagilah kitarang tak sedap hati. Yelah, dah la kitarang lalu dekat kawasan kemalangan. Lepas tu nampak motor banyak pulak tu. Dalam kepala aku, dah terfikir, mungkin salah satu daripada mangsa kemalangan tu ke? Sorry to say lah, kebanyakkan orang kita memang macamni, bila berlaku keadaan macam ni, confirm kita akan terfikir macam tu. Kan?



Ok. Aku dengan wife bagi masa. Tunggu dalam 20minit. Kalau tak dapat call jugak. Aku dengan wife aku nak pergi balik ke tempat kemalangan tu. Nak tengok setiap daripada motosikal tu. Yelah dengan cara tu, kita boleh buat keputusan. Kalau main teka-teka je, lagi serabut. Lepas dah ambil beberapa masa, dan adik ipar aku pun tak berjaya call. Aku dengan wife keluar rumah.

Bila dah bersiap semua, aku bawa lah kereta. Hati tu dup dap dup dap. Yelah risau kan. Kalau ya macamana? Dalam kepala dah fikir macam-macam. Kalau betullah, nak hadap itu lah, nak hadap inilah. Uish. Panjang cerita nanti. Tapi di sebalik kerisauan aku tu, ada sedikit perasaan yang mengatakan semuanya berada di dalam keadaan yang baik.

Seingat aku, aku baru drive dalam 10 ke 15 minit. Aku perasan 1 motor yang memang aku dengan wife kenal. Tapi macam buat biasa jelah. Takut juga orang lain. Yelah dah malam-malam macamtu, mata bukan nak nampak sangat. Tapi bila aku selisih je dengan motor tu, kami kena hon. Aiks. Dah kenapa kan? Bukan buat salah pun.

Aku berhentikan kenderaan aku. Lepas tu aku nampak motor tu patah balik. La! Rupanya adik ipar aku. Woi! Orang dok risau pasal kau, kau boleh dok senyum-senyum lagi? Dah kenapa? Wife aku dah membebel. Katanya mak dah risau sangat-sangat. Balik je rumah, belum sempat aku turun kereta, aku dengar mak mertua aku dah bising-bising. Mengamuk+menangis. Yelah, hati mak kan, mana tak risau anak dia. Dengar pulak ada kemalangan. Lagilah risau.

Bila kami tanya, mana dia pergi, dengan selamba je dia jawab, pergi gym! Ha? orang dok risau fikirkan dia, dia boleh pergi bina otot? Huhuhu. Yang sebenarnya, adik ipar aku ni dah kasitau pada mak mertua aku yang balik je dari kerja, dia nak ke gym. Tapi disebabkan faktor usia, mak mertua aku ni lupa! Adoi! Dah aku pulak yang tension. hmm. Yang adik ipar aku ni pun 1, kot ye pun call lah kan, janganlah kasi mak ayah risau. Huhuhuhu.

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email