Mereka dah semakin membesar. - ceritaejoy

Mereka dah semakin membesar.

6:20 PTG



Mereka dah semakin membesar. Mereka yang aku maksudkan adalah anak-anak aku. Sememangnya mereka sudah tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Anak sulung aku, bakal memasuki umur 3 tahun tak lama lagi. Anak bongsu pula sudah memasuki usia 6 bulan. Namun kedua-duanya seakan mengerti dengan setiap yang berlaku di sekeliling mereka.

Semalam, selepas pulang dari kerja *lewat malam*, anak sulung aku dah menunggu di tingkap. Belum sempat aku masuk ke dalam ruangan rumah, dah dengar suara dia dah. "Ayah owh ayah". Aiks! Tak tidur lagi ke anak aku ni? Aku macam biasa la, main hagah-hagah dengan anak aku. Biasanya kalau aku balik awal je aku buat macam tu.

Waktu aku tengah parking superbike aku, anak aku ni bersuara dari dalam rumah, melalui tingkap yang terbuka tu"

"Ayah nak main mainan? Abang amikkan mainan nak? Ayah nak main tak? Abang amik ye"

Aku cuma cakap, dah lewat malam ni. Nape tak tidur lagi? Tapi anak sulung aku ni, tetap juga nak ajak aku main dengan dia. Disebabkan taknak kecewakan dia, aku pun suruh la dia ambil. Ni tak mandi lagi ni, badan dah panas. Makan pun belum. Hish. Tapi anak kan? Kenalah layan, itu harta dunia akhirat tu.

Waktu tengah buka jaket, kasut, stokin semua, aku dengar anak aku ni cakap lagi,

"Ayah nak belikan abang mainan tak? Ayah? Owh Ayah?

Serius aku senyap. Tak tahu nak cakap apa. Duit tu ada, tapi aku simpankan. Yelah, kita tak tahu kalau-kalau jadi apa-apa. Aku kerja sendirian. Isteri surirumah sepenuh masa. Jadinya, perbelanjaan keluarga sedikit kecil. Kena jaga duit yang ada ni betul-betul. Tapi ayat seterusnya yang keluar dari mulut anak aku betul-betul buat aku terasa hati,

"Ayah, ayah takda duit ya?"

Aku cuma jawab, ya. 

"Owhh, ok. Nanti ayah ada duit, ayah belikan abang mainan ya?"

Allahurabbi. Ibubapa mana yang tak sedih bila anak cakap macam tu? Aku sewaktu kecil, memang tak merasa nak main mainan ni. Sebab adik beradik ramai. Ayah aku kerja sendiri. Gaji kecil waktu tu. Takkan aku nak biarkan anak aku rasa seperti yang aku pernah rasa dulu. Huhuhuhu. Sungguh aku sampai kini terasa hati. Mereka dah semakin membesar. Mereka dah tahu apa yang berlaku disekeliling mereka. Allahurabbi.

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email