Lakonan suspek kelar pelajar tingkatan 5 tidak menjadi. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Lakonan suspek kelar pelajar tingkatan 5 tidak menjadi.


Lakonan suspek kelar pelajar tingkatan 5 tidak menjadi. Hangat sungguh berita mengenai kes kelar remaja perempuan di penang baru-baru ni. Antara berita terbaru yang aku baca adalah, suspek yang mengelar mangsa, telah datang ke lokasi dan berlakon dengan meratapi kematian mangsa. Mungkin ia adalah 1 usaha suspek untuk mengaburi mata pihak polis. Namun ianya tidak menjadi selepas keluarga mangsa merasai sedikit kelainan dengan gerak geri suspek.

Mengikut bacaan ceritanya lagi, suspek dikatakan menangis teresak-esak dan meminta untuk masuk ke dalam rumah untuk melihat mangsa. Tetapi dalam masa yang sama, beberapa jiran mangsa telah memberitahu keluarga mangsa yang suspek sering kelihatan berada di luar rumah dan kerap menganggu mangsa *mungkin suspek merasakan, tiada orang yang melihat beliau, sebab tu dia berani buat macam tu*.


Disinilah pentingnya hidup berjiran. Bayangkan jika tiada siapa yang mengambil tahu perihal kita dan keluarga kita. Sudah tentu akan menyukarkan lagi pihak polis untuk mengenal pasti siapa yang terlibat. Jiran-jiran ibarat keluarga jauh kepada kita. Tapi, jap, aku rasa suspek ni, sedikit terpengaruh dengan cerita filem.

Yelah, lepas bunuh orang, berlakon seperti tiada apa-apa, kemudian datang ke tempat kejadian dan berlakon dengan menangis semahu-mahunya, demi untuk mengaburi mata ramai orang. Tapi itu dalam filem lah! Dalam dunia nyata, tak mungkin perkara semacam itu berlaku. Dah bunuh orang, lepas tu takut?? Ingat nyawa manusia ni murah ke?? Apa pun, tahniah kepada pihak polis Malaysia kerana Berjaya memberkas pembunuh gadis malang ini.


Jangan pula nanti, bila berada di dalam mahkamah, terus jadi gila. Terus tak paham dengan apa yang disampaikan hakim. Semuanya sebab takut dengan hukuman yang akan diberikan. Berani buat, tapi takut dengan hukuman. Huh! Aku harap, pihak mahkamah akan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan suspek ni. Takziah kepada keluarga mangsa.
loading...

3 ulasan:

  1. Pandai buat pandailah tanggung sendiri hukumannya.
    Salam takziah buat keluarga mangsa

    BalasPadam
  2. oran yang bersalah tak akan tenang dlam hidup mereka..

    BalasPadam
  3. Macam2 hal berlaku...dah tak aman dan dah tak selamat walaupon dlm rumah sendiri

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com