Keunikan budaya asia (unique culture of asia) - ceritaejoy

Keunikan budaya asia (unique culture of asia)

12:58 PTG

unique culture of asia

Keunikan budaya asia (unique culture of asia). Asia sememangnya memiliki budaya yang tersendiri dan unik. Asia memberikan anda pengalaman berharga yang mungkin tidak akan diperolehi di tempat lain. Kunjungan aku ke blog blogger malaysia, pojiegraphy, membuka lembaran baru dalam sudut pandangan mata aku kepada keunikan budaya di asia.

Negara jiran kita, indonesia (Indonesian Culture) merupakan salah satu negara yang memiliki budaya yang unik di dunia. Ada di antaranya langsung tidak pernah didengar oleh kebanyakkan orang, walaupun mereka juga berasal daripada asia! Sebagai contohnya *melalui bacaan aku di blog pojiegraphy* di selatan sulawesi, terdapat sebuah lokasi yang di namakan Tana Toraja (Tana Toraja In North Sulawesai).



Lokasi ini pada aku bukanlah sebuah lokasi pelancongan biasa, kerana tarikan utama di Tana Toraja adalah "KEMATIAN". Ya! Kalau kita search keyword mengenai lokasi ini, antara yang paling banyak di paparkan adalah  Tana Toraja Funeral,Tana Toraja Exhume dan Tana Toraja Dead Baby. Bunyinya sememangnya menggerunkan bukan? Sehinggakan ada blogger yang mengatakan, di sana, anda boleh melihat mereka yang mati hidup semula!

Upacara pengebumian di Tana Toraja dikatakan memerlukan belanja yang sangat besar. Berbanding kita di malaysia, yang mana perbelanjaan terbesar banyak digunakan di dalam urusan perkahwinan. Jadi, jika anda seorang yang extreme, Tana toraja di sulawesi ini adalah lokasi terbaik untuk anda. Jika di tanya pada aku, aku lebih memilih untuk berada di bali atau Lombok Indonesia, hehehe.

Bercerita mengenai tarikan budaya di asia, malaysia juga memiliki budayanya yang tersendiri. Jika di lihat di negeri seperti sabah dan sarawak, mereka juga memiliki etnik dan budayanya yang tersendiri. Aku masih teringat cerita seorang rakan aku, mengenai kisah pemburu kepala borneo. Mendengarnya sahaja sudah cukup mengerunkan bukan? Namun ini adalah cerita zaman dahulu, kini ianya sudah menjadi sejarah. Dan jika anda berminat, anda boleh mendalami sejarah ini. Tapi haruslah diingat, aku tidak mengatakan mereka pupus ya.

Asia sememangnya menawarkan pengalaman unik kepada mereka yang berkunjung ke sini. Tak hairanlah kenapa ramai pelancong daripada benua lain memilih asia sebagai lokasi utama percutian mereka. Teringat aku kepada kata-kata seorang rakan backpackers:


" Jika diberi peluang untuk kita menjelajah ke seluruh pelosok dunia, kita memerlukan keseluruhan kehidupan kita untuk melakukannya"

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email