Kenapa Allah Tidak Lagi Memberi Rezeki Yang Besar. - ceritaejoy

Kenapa Allah Tidak Lagi Memberi Rezeki Yang Besar.

11:03 PG


Kenapa Allah Tidak Lagi Memberi Rezeki Yang Besar. Persoalan yang sering bermain di dalam setiap manusia. Dari pagi membawa ke malam, membawa keesokan harinya, hinggalah sampai bila-bila. Kenapa terlalu sukar untuk aku memperolehi rezeki atau wang yang banyak. Solat siang malam. Yang wajib sudah tentu, sunat juga dah buat. Tapi masih lagi belum memperolehi seperti yang yang dikehendaki.

Apabila keadaan seperti ini berlaku. Ada yang mula menyalahkan takdir. Daripada rajin beribadah, menjadi semakin malas. Kenapa? Kenapa melihat sesuatu perkara itu dari sudut negatif? Apakah Allah tidak menunaikan apa yang di minta kita, ianya bermakna Allah membenci kita? Ada pula yang beranggapan, manusia yang menjadi penghalang kepada rezeki mereka. Rezeki Itu Milik Allah, bukan milik manusia!


Apabila usaha untuk mendapatkan Rezeki Yang Halal dan Rezeki Yang Berkat sukar, ada pula yang menggunakan cara yang pada mereka mudah untuk mendapatkan wang dengan banyak. ianya samada dalam bentuk perjudian, penjualan barang-barang haram ataupun mengambil sesuatu barang yang bukan menjadi hak kita *mencuri*.

Rezeki Dari Allah Bukan Dari Manusia

Persoalan sekarang, Kenapa Allah Tidak Lagi Memberi Rezeki Yang Besar? Lihat dahulu kepada diri kita. Allah lebih mengetahui segala-galanya. Pasti ada sebab dan musabab kenapa ianya berlaku. Apakah apabila Allah memberi kita RM100,000, kita akan tetap menjadi diri kita atau menjadi lebih sombong?

Ataupun, apabila kita memperolehi wang sebanyak itu, adakah kita akan gunakan untuk membantu orang lain? atau memberi hadiah yang bernilai kepada kedua orang tua kita, ataupun kita menggunakannya untuk menukar kereta baru, melancong atau apa sahaja yang menjadi kegunaan peribadi kita?

Kita sering takut untuk bersedekah. Walhal agama islam mengajar kita, jika mahu rezeki yang banyak, perbanyakkanlah sedekah. Jangan takut untuk mengeluarkan harta kita. Pernah dengar perihal Menjemput Rezeki Dengan Sedekah? Jadi jangan takut untuk bersedekah. Berilah pada mereka yang memerlukan dan bukannya mereka yang salah.

Tanya balik diri kita. Adakah kita benar-benar sudah bersedia menerima rezeki yang banyak di dalam keadaan diri kita yang sempurna? Tidak ada perasaan sombong, riak, dan takabur? Tanya balik Kenapa Aku Tak Kaya hingga ke sekarang. Bila keadaan diri kita cukup sempurna, percayalah, rezeki itu akan datang dengan sendirinya. Perbanyakkanlah bersedekah. InsyaAllah, rezeki kita sentiasa di berkati.

You Might Also Like

1 comments

  1. mudah-mudahan kita muhasabah diri bahawa perancanganNya adalah yang terbaik buat kita semua, salam Maal Hijrah Ejoy dari kak ana :)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email