Menangi GoPro Hero4 Dengan Jawab 4 soalan Mudah ini. - Ceritaejoy

Header Ads

Menangi GoPro Hero4 Dengan Jawab 4 soalan Mudah ini.


Kamera Gopro Hero 4. Bagi peminat kamera, Gopro Hero adalah 1 nama yang tidak asing lagi. "Kehebatan" kamera ini tidak mampu disangkal lagi. Berbicara mengenai kehebatan kamera ini, ianya mampu merakam detik-detik "istimewa" dalam pelbagai situasi. Jadi tidak hairanlah, ianya adalah 1 gadget mesti milik bagi setiap peminat kamera. Terkini, jenama ini tampil dengan produk baharu, GoPro Hero4!

Di datangkan dalam 3 jenis model iaitu Hero4 Black, Hero4 Silver dan Hero4. Produk terbaharu ini memiliki kemampuan processor dua kali lebih cepat dari processor yang ada pada versi sebelumnya. 


Gopro Hero4 Black.

Kamera Gopro Hero4 Black Edition memiliki kemampuan dan spesifikasi lebih tinggi dari kamera GoPro Hero 4 Silver. Manakala versi biasa pula adalah Hero4 yang mana mampu untuk merakam video di dalam keadaan "standard".  Kamera GoPro Hero4 Black memiliki kemampuan untuk merakam video 4K dengan kecepatan 30fps. Namun jika anda ingin mengambil video dengan kualiti 1080p, kamera GoPro Hero4 adalah yang paling sesuai dengan anda. Selain daripada itu, perakam audio bagi siri GoPro Hero4 telah di upgrade dengan 2 kali lebih sensitif daripada model sebelumnya. 

Selain daripada kemampuan baharu yang di tambah pada model ini, Kamera Gopro Hero 4 memiliki kemampuan daya tahan terhadap pelbagai situasi cuaca selain daripada daya tahan terhadap air sehingga mampu berada pada kedalaman 40 meter! Hebat bukan?

Apa yang menariknya, semua aksesoris yang ada pada kamera GoPro sebelum ini boleh dipasang pada Kamera Gopro Hero 4 ini. Namun, untuk model terbaharu ini, bateri yang ada sudah di "built-in".

Harga Kamera Gopro Hero 4

Baik. Bercerita mengenai harga pula. Bagi model Gopro Hero4 Silver, harga yang ditawarkan adalah bermula RM1765.00. Bagi model Gopro Hero4 Black, harga yang ditawarkan bermula RM2206.00 dan bagi model biasa pula, harga yang ditawarkan adalah bermula RM600.00.

Menangi Hadiah Gopro Hero4.

Siapa yang tak suka barang free? Ahha! Kini korang boleh menangi hadiah berupa Kamera Gopro Hero 4 dengan hanya menjawab 4 soalan mudah ini. Jangan berlengah lagi, sertainya sekarang!

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com